Mesyuarat Agung PIBG 2021

Hotel Pantai Puteri

Friday, November 9, 2012

Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid

Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid Peringkat Sekolah Dan Asrama telah berlangsung di Dataran BRASS mulai jam 8.00 pagi dengan penuh kecerian. Majlis dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan Kita Pasti Juara. Majlis diteruskan dengan persembahan ringkas iaitu Tarian 1 Malaysia. Tuan pengetua, Puan Hajah Hamidah binti Sabtu, memulakan ucapan alu-aluan. Tuan pengetua menyeru agar semua murid sentiasa berdisiplin...

Wednesday, October 24, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Bagi pihak sekolah, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Hayati ibadah korban dengan penuh kesyukuran. Pengertian Aidiladha Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Pengertian Korban Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi...

Thursday, October 18, 2012

Program MSU Bersama Pelajar Tingkatan 3

Para pelajar tingkatan 3 hari ini mengikuti program bersama Management and Science University (MSU). Antara aktiviti yang dijalankan adalah suai kenal, team building, kenali potensi diri dan aktiviti masakan bersama chef MSU. Para pelajar  turut diberi penerangan tentang program-program yang ditawarkan di MSU serta laluan kerjaya. Sambutan daripada para pelajar sangat memuaskan. Rata-rata sangat teruja dan gembira mengikuti program yang...

Wednesday, October 17, 2012

Lawatan Dan Taklimat Nazir Sekolah

Pihak sekolah berbesar hati menerima kunjungan Encik Zaini bin Hassan daripada Jemaah Nazir Sekolah Dan Jaminan Kualiti (JNJK) ke sekolah ini. Lawatan beliau adalah bagi menyampaikan taklimat tentang Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) dan membantu pihak sekolah mencapai kecemerlangan dalam SKPM bagi tahun 2012. Encik Zaini menyarankan agar task force SKPM diwujudkan secepat mungkin supaya segala pelaksanaan kerja menjadi lebih lancar tanpa sebarang kesilapan. Tarikh akhir bagi kemasukan data dan maklumat ke sistem NKRA JNJK ialah selepas...

Tuesday, October 9, 2012

Selamat Menduduki PMR

Hari ini bermulanya perjuangan bagi semua calon PMR di seluruh negara untuk melakukan yang terbaik dalam peperiksaan mereka. Segala usaha telah dilakukan seperti membuat latihan, mengulangkaji mata pelajaran, mengikuti tuisyen, seminar dan motivasi hinggalah kepada majlis bacaan Yasin dan solat hajat. Pendek kata segala ikhtiar telahpun dilakukan. Banyak masa, tenaga dan wang ringgit yang dikorbankan demi memastikan anak-anak pewaris generasi masa...

Monday, October 8, 2012

Anugerah Kecemerlangan Akademik 2012

Majlis penyampaian hadiah Anugerah Kecemerlangan Akademik 2012 telah selamat dilangsungkan pada pagi ini. Dalam majlis ini, para pelajar yang mendapat kedudukan 1 hingga 3 bagi setiap kelas memperoleh hadiah berupa wang tunai. Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pn.Noraini binti Nasir (Guru Penolong Kanan Kokurikulum) dan En. Mohd Rezel bin Masah (Guru Penolong Kanan HEM). Diharapkan, dengan hadiah yang diberikan ini akan menyuntik semangat dalam kalangan murid-murid untuk berlumba-lumba mengejar kecemerlangan demi masa hadapan...

Friday, October 5, 2012

Ceramah Motivasi Perdana 2012

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Majlis Ceramah Motivasi Perdana bertempat di Dataran BRASS. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Khairuddin bin Abu, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas Melaka. Ceramah Motivasi Perdana merupakan acara kemuncak bagi menaikkan semangat dan menimbulkan kesedaran tentang kecemerlangan khususnya buat calon-calon PMR dan SPM yang akan menghadapi peperiksaan masing-masing tidak lama lagi. Semoga semua murid dapat mempelajari sesuatu daripada ceramah yang disampaik...

Monday, October 1, 2012

Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 Tahun 2013

PERMOHONAN SECARA ONLINE  KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN TINGKATAN 4 DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH, KPM  BAGI TAHUN 2013  Permohonan Secara Online Kemasukan Murid Ke Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh, KPM Bagi Sesi 2013 dibuka mulai 15 September 2012 hingga 31 Oktober 2012. Sila layari laman web KPM di http://www.moe.gov.my untuk sebarang keterangan lanjut. Permohonan ke sekolah berasrama penuh perlu dilakukan...

Thursday, September 27, 2012

Majlis Solat Hajat Untuk Calon PMR Dan SPM

Majlis Solat Hajat untuk calon-calon PMR dan SPM pada tahun ini telah diadakan di Surau SMK Bukit Rambai. Majlis bermula seawal jam 6.30 petang dengan didahului pendaftaran para ibu bapa dan murid. Solat Maghrib dan solat sunat hajat dipimpin oleh imam Masjid Al-Hidayah, Taman Bukit Rambai. Usai solat Maghrib dan solat sunat hajat, telah diadakan bacaan Surah Yasin dan tahlil. Selepas solat fardhu Isyak, sedikit tazkirah dan motivasi ringkas telah disampaikan oleh pegawai JASA. Pihak sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ibu...

Wednesday, September 26, 2012

Hari Kokurikulum 2012

Pada 26 September 2012 telah berlangsung Hari Kokurikulum peringkat sekolah. Program ini bermula dari pukul 10.30 pagi hingga pukul 3.00 petang. Pelbagai aktiviti dijalankan meliputi jualan gerai daripada ketiga-tiga cabang ko-kurikulum, pertandingan  nyanyian solo, pertandingan gubahan dan lipatan, pertandingan sajak, tayangan filem, sepak raga bulatan, tangan emas, pertandingan khat, catur dan pertandingan kawad kaki. Selain itu...

Sunday, September 23, 2012

Majlis Hari Bersama Pemimpin

Majlis Hari Bersama Pemimpin telah berlangsung pada 24 September 2012 . Majlis ini bermula dengan sambutan kedatangan tetamu kehormat iaitu Tuan Salehuddin b. Hj. Abdul Rahman merangkap Ketua Polis Daerah Melaka Tengah bersama empat orang pegawai pengiring. Majlis bermula tepat pukul 8.00 pagi. Majlis ini diadakan bagi merapatkan lagi hubungan antara warga sekolah dengan pihak polis. Dalam ucapan Tuan Salehuddin, beliau menerangkan situasi semasa...

Tuesday, September 18, 2012

Perpindahan 3 Guru Ke SMK Paya Rumput

Warga SMK Bukit Rambai ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segala jasa dan sumbangan selama 10 tahun kepada guru-guru yang penuh dedikasi ini, iaitu Cikgu Rosli b. Baba, Cikgu Azizah bt. Ahmad dan Cikgu Aina Bisyarah bt. Shafie. Ketiga-tiga mereka adalah merupakan guru terawal yang menjadi perintis di SMK Bukit Rambai yang dibuka pada tahun 2002. Kini, mereka telah berpindah ke SMK Paya Rumput dan juga menjadi guru perintis di sekolah...

Sunday, August 26, 2012

Peperiksaan Percubaan SPM

Peperiksaan Percubaan SPM akan berlangsung mulai 27 Ogos 2012. Diharapkan semua calon telah membuat persiapan rapi sepanjang cuti raya bagi menghadapi peperiksaan ini. Kami warga kerja Unit Dokumentasi Online (Blog Sekolah) mendoakan semoga anda semua diberi ketenangan dan dapat menjawab peperiksaan dengan cemerlang....

Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya... Maaf Zahir Batin

Seluruh warga SMK Bukit Rambai mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua muslimin dan muslimat. Marilah kita sama-sama meraikan kemenangan ini dalam suasana yang harmoni dan penuh kegembiraan. Kepada guru-guru dan murid-murid yang akan pulang beraya di kampung, didoakan semoga selamat sampai ke destinasi bertemu sanak saudara tercinta. Jangan lupa, sekolah akan bermula pada 27 Ogos 2012....

Friday, July 20, 2012

Aktiviti P&P Sejarah Tingkatan 4KEM2

Para pelajar Tingkatan 4Kem2 telah dipilih untuk didedahkan dengan konsep pembelajaran masteri dan pembelajaran berbantukan komputer dalam mata pelajaran Sejarah. Aktiviti meliputi mencari maklumat menggunakan enjin carian demi menyiapkan tugasan kumpulan. Para pelajar seterusnya menghantar wakil untuk melengkapkan jawapan bagi tugasan di hadapan kelas. Ini merupakan sebahagian daripada kajian tindakan bagi menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran...