Thursday, September 27, 2012

Majlis Solat Hajat Untuk Calon PMR Dan SPM

Majlis Solat Hajat untuk calon-calon PMR dan SPM pada tahun ini telah diadakan di Surau SMK Bukit Rambai. Majlis bermula seawal jam 6.30 petang dengan didahului pendaftaran para ibu bapa dan murid. Solat Maghrib dan solat sunat hajat dipimpin oleh imam Masjid Al-Hidayah, Taman Bukit Rambai.

Usai solat Maghrib dan solat sunat hajat, telah diadakan bacaan Surah Yasin dan tahlil. Selepas solat fardhu Isyak, sedikit tazkirah dan motivasi ringkas telah disampaikan oleh pegawai JASA.

Pihak sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa dan murid yang hadir serta kepada semua yang menghulurkan sumbangan bagi menjayakan majlis kali ini. Jazakallahu khairan kathira!

0 comments:

Post a Comment