Mesyuarat Agung PIBG 2021

Hotel Pantai Puteri

Sambutan Hari Guru 2021

Medium Google Meet

Pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus M17

Lawatan Timb. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh KPM

Friday, November 9, 2012

Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid

Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid Peringkat Sekolah Dan Asrama telah berlangsung di Dataran BRASS mulai jam 8.00 pagi dengan penuh kecerian.

Majlis dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan Kita Pasti Juara. Majlis diteruskan dengan persembahan ringkas iaitu Tarian 1 Malaysia.

Tuan pengetua, Puan Hajah Hamidah binti Sabtu, memulakan ucapan alu-aluan. Tuan pengetua menyeru agar semua murid sentiasa berdisiplin dan berusaha sebaik mungkin untuk mencapai kecemerlangan diri. Peluang berada di sekolah perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk menimba ilmu pengetahuan dan memupuk nilai kepimpinan.
Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Yang DiPertua PIBG, Tuan Haji Jaafar bin Seman tepat jam 8.30 pagi. Dalam ucapannya, beliau menyeru para pelajar agar sentiasa menambahkan ilmu dan sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan diri sama ada dari segi sahsiah mahupun akademik. Beliau turut mengimbas, wawasan pengetua pertama SMK Bukit Rambai iaitu Datin Hajah Hasiah bt. Hassan agar menjadikan sekolah ini sebagai sebuah sekolah yang tersohor dari segi pencapaian akademik dan sahsiah. Inilah modal insan yang ingin dilahirkan daripada sekolah ini yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Seterusnya upacara penyampaian hadiah dilangsungkan dengan dimulai oleh En. Peong Poh Boon (GPK Petang), En. Rezel bin Masah (GPK HEM), Pn. Noraini binti Nasir (GPK Kokurikulum) dan YDP PIBG, Tn. Hj. Jaafar bin Seman.
Selesai penyampaian anugerah, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah untuk tiga orang guru yang akan berpindah keluar mulai tahun 2013 iaitu Pn. Sarinahwati binti Mohd Tahar, Cik Izzati binti Mohd Amin dan Pn. Anna Tan.

Majlis berakhir tepat jam 10.00 pagi. Pihak sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan jasa dan tenaga kepada semua pihak yang membantu menyempurnakan majlis ini.