PROFIL

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai terletak di Jalan Bukit Rambai, daerah Melaka Tengah. Sekolah ini terletak bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai. Luas tapak sekolah ini adalah lebih kurang 57683 meter persegi.Pada asalnya kawasan ini adalah ladang getah berbukit.



Pembinaan sekolah ini telah dimulakan pada pertengahan tahun 2000 dan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2001.Sekolah ini telah dibina oleh Sahs Maju Sdn Bhd.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai mula beroperasi pada bulan Julai 2002 dengan tenaga pelajar seramai 37 orang dan mempunyai seramai 322 pelajar tingkatan 1 dan 222 pelajar tingkatan 2.

Pengetua pertama sekolah ini ialah Datin Hajah Hasiah Binti Hassan dan dibantu oleh GPK 1, En. Megat Nasir Bin Megat Hashim, GPK HEM Puan Hajah Jamilah Binti Md Yusoh dan GPK Koku, En. Md Zin Bin Jaafar.

Jumlah guru-guru juga telah meningkat dari 37 orang guru professional kepada 100 guru professional dan 17 orang guru GSTT.Begitu juga dengan jumlah pelajar dari 544 orang meningkat kepada 1823 orang dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

Oleh kerana bilangan murid yang semakin bertambah dan bilangan kelas tidak dapat menampung bilangan murid yang ada,bermula pada 2006 Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai telah dijadikan 2 sesi iaitu pelajar tingkatan 3 hingga 5 mengikuti persekolahan sesi pagi dan tingkatan 1 hingga 2 mengikuti persekolahan sesi petang. Kelas Pendidikan Khas mula dibuka pada tahun 2009 dan diletakkan pada sesi petang. Namun, mulai tahun 2010, setelah bangunan Pendidikan Khas siap dibina, semua pelajar pendidikan khas telah memulakan persekolahan pada sesi pagi.

Senarai Pengetua SMK Bukit Rambai (2001 - 2021)

01. Datin Hajah Hasiah bt. Hassan ( 18.12.2001 - 24.11.2003 )
02. Tuan Haji Kassim Bin Mohammad ( 01.12.2003 - 15.07.2004 )
03. Puan Hajah Norizan Binti Ismail ( 16.07.2004 - 30.04.2006 )
04. Tuan Haji Hamzah Bin Abdul, BCM ( 01.05.2006 - 15.09.2007 )
05. Tuan Haji Rashid Bin Abdul Hamid ( 16.06.2007 - 15.05.2009 )
06. Encik  Zainal Bin Aman ( 16.03.2009 - 11.04.2011 )
07. Puan Hajah Hamidah Binti Sabtu ( 01.06.2011 - 04.06.2014 )
08. Puan Hajah Rosni Binti Haji Rosli ( 16.06.2014 - 01.08.2015  )
09. Puan  Saniah Binti Samsudin ( 13.08.2015 - 08.09.2018 )
10. Tuan Haji Mohamad Nor Bin Jaafar ( 01.11.2018 - 2021)
11. Encik Shaharum bin Husain (2021- kini)

Senarai GPK 1 (2001 - 2021)

01. Encik Megat Nasir Bin Megat Hashim ( 2001 - 2003 )
02. Encik Anual Bin Yaakop ( 2003 - 2006 )
03. Puan Hajah Hamidah Binti Sabtu ( 2006 - 2011  )
04. Tuan Haji Abdul Talib Bin Abdullah ( 2011 - 2017 )
05. Puan Khatijah Binti Mohd Shah  ( 2017 - 2022)

Senarai GPK Hal Ehwal Murid (2001 - 2021)

01. Puan Hajah Jamilah Binti Md. Yusoh ( 2001 - 2011 )
02. Tuan Haji Abdul Talib Bin Abdullah ( 2011 - 2011 )
03. Encik Mohd Rezel Bin Masah ( 2011 - 2017 )
04. Encik Abu Hassan Bin Jantan ( 2018 - kini  )


Senarai GPK Koku (2001 - 2021)

01.  Encik Mat Zin Bin Jaafar ( 2001 - 2003 )
02.  Encik Alias Bin Mahpol ( 2003 - 2009 )
03.  Tuan Haji Abdul Talib Bin Abdullah ( 2009 - 2010 )
04.  Puan Noraini Binti Nasir ( 2010 - 2014 )
05.  Encik Peong Poh Boon ( 2014 - 2015 )
06.  Encik Abu Hassan Bin Jantan ( 2015 - 2018 )
07.  Puan Rozita Binti Samad ( 2018 - kini  )

GPK Petang (2006 - 2016)

01.  Encik Md Diah Bin Ibrahim ( 2006 - 2010 )
02.  Encik Peong Poh Boon ( 2010 - 2014 )
03.  Puan Norfa'iza Binti Mustafa ( 2015 - 2016 )