Mesyuarat Agung PIBG 2021

Hotel Pantai Puteri

Sambutan Hari Guru 2021

Medium Google Meet

Pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus M17

Lawatan Timb. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh KPM

Showing posts with label Aktiviti Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Sekolah. Show all posts

Friday, May 21, 2021

Sambutan Hari Guru 2021

Nama Program : Sambutan Hari Guru 2021
Tarikh : 21 Mei 2021
Tempat : Kediaman masing-masing
Mode : Google Meet

 
 
 
 










Wednesday, March 10, 2021

Bantuan Awal Persekolahan 2021

Nama Aktiviti : Bantuan Awal Persekolahan 2021

Tarikh : 10 hingga 11 Mac 2021

Tempat : Blok Kabin Baru

Masa : 8:30 Pagi

 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 













Monday, February 15, 2021

Sumbangan Pelitup Muka Daripada YB Senator Dato' Seri Hj. Mohamad Ali b. Hj. Mohamad

Sumbangan Pelitup Muka Daripada YB Senator Dato' Seri Hj. Mohamad Ali b. Hj. Mohamad
Tarikh : 15 Februari 2021




Thursday, June 26, 2014

Program Bulan Dakwah & Ihya Ramadhan

Tarikh:  27 Jun 2014 (29 Syaaban 1435H)
Hari   : Jumaat
Masa : 7.20 Pagi
Tempat: Dataran BRASS

Program Bulan Dakwah Dan Ihya' Ramadhan telah dilancarkan secara rasmi pada pagi ini oleh Tn. Hj. Abdul Talib bin Abdullah, GPK 1 SMK Bukit Rambai.

Pendahuluan

Program Bulan Dakwah dicetuskan oleh Bahagian Pendidikan Islam, KPM bertujuan memastikan program dakwah berjalan lebih lancar dan berkesan di sekolah. Manakala Ihya' Ramadhan adalah program yang dilaksanakan oleh Unit Kerohanian SMK Bukit Rambai setiap tahun untuk menghidupkan bulan Ramadhan.

Program Bulan Dakwah Dan Ihya' Ramadhan ini dirancang dan dilaksanakan secara serentak dengan tujuan memberikan kesedaran dan pengajaran dari sudut pembentukan sahsiah seseorang muslim warga sekolah dalam penghayatan Ramadhan bagi mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Objektif Program

1. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2. Menunjukkan Islam sebagai agama yang syumul.

3. Melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan sempurna.

4. Meneruskan usaha-usaha amar makruf dan nahi mungkar.

Aktiviti Program

1. Tadarus Al-Quran Guru & Pelajar

2. Kempen Menutup Aurat

3. Smart Salam

4. Semarak Jawi

5. Kempen "Tak Nak Couple"

Diharapkan semoga program ini dapat dijayakan dengan sempurna dan mendapat keredhaan Allah SWT.


Thursday, April 10, 2014

Majlis Penutup Minggu Teknik & Vokasional 2014

Minggu Teknik & Vokasional telah dijalankan pada 5 hingga 10 April 2014. Program ini berlangsung selama seminggu. Matlamat utama program ini adalah untuk menggalakkan para pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum selain dari mencungkil bakat dan menguji kefahaman pelajar para pelajar.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan. Antaranya ialah:

1. Kuiz Spontan - setiap pagi
2. SSPN Masa Depanku - 5 April 2014
3. Taklimat Keselamatan Internet oleh SKMM - 9 April 2014
4. Riuh Rendah Dapurku - Penyediaan Minum Petang Tradisional - 9 April 2014
5. Riadah & Sukaneka - 9 April 2014
6. Pertandingan Gubahan Hiasan Meja - 9 April 2014
7. Mencari Harta Yang Hilang - 9 April 2014
8. Teka Silang Kata - 7 hingga 9 April 2014
9. Lawatan Akademik - 14 April 2014

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Puan Hajah Hamidah binti Sabtu. Sesungguhnya program ini banyak memberi manfaat kepada pelajar dan program pada tahun mendapat sambutan yang mengalakkan. Terima kasih kepada semua yang menjayakan Minggu Teknik & Vokasional 2014!

Monday, January 13, 2014

Majlis Perasmian Program Guru Penyayang 2014


Tarikh: 14 Januari 2014
Masa: 7.35 pagi
Tempat: Dataran BRASS

Majlis Perasmian Program Guru Penyayang telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMK Bukit Rambai, Puan Hajah Hamidah binti Sabtu. Dalam ucap utama, beliau menyeru agar para guru dapat menghayati Konsep 5S yang terdapat dalam program tersebut.

Di samping itu, tuan pengetua juga menasihatkan para pelajar agar sentiasa menjaga sahsiah dengan menghormati para guru, staf, para pekerja dan pelawat di sekolah ini. Para pelajar juga perlu mempunyai sikap sayang kepada sekolah dengan memberikan kerjasama dan komitmen yang padu. Mereka perlu memanfaatkan penglibatan mereka dalam program mentor-mentee untuk mendapatkan bimbingan daripada guru demi mencapai kecemerlangan.

Adalah diharapkan dengan kerjasama semua pihak, segala visi dan misi SMK Bukit Rambai untuk menjadi sebuah sekolah terunggul dari segi akademik dan sahsiah dalam Kawasan Tanjung menjelang 2015 dapat direalisasikan.


En. Yusof b. Ab Hamit memberikan penerangan tentang Program Guru Penyayang


Pn. Hajah Hamidah bt. Sabtu berucap dan seterusnya merasmikan majlis.


Thursday, September 12, 2013

Majlis Anugerah hari Kualiti Murid Peringkat Sekolah Dan Asrama 2013

Tarikh: 13.9.2013
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dataran BRASS
Perasmian: Tn. Hj Jaafar bin Seman (YDP PIBG)

Barisan pentadbir bersama tetamu jemputan



Barisan penerima anugerah

Ucapan alu-aluan oleh Tn. Hj. Abdul Talib b. Abdullah (GPK 1)
mewakili Tn. Pengetua.


Ucapan perasmian oleh Tn. Hj. Jaafar b. Hj. Seman (YDP PIBG)


Penyampaian hadiah kecemerlangan


Hadiah-hadiah  Anugerah Kecemerlangan


Pengacara Majlis: Pn. Nora bt. Harun


Pelajar-pelajar yang memberi sokongan




Wednesday, September 11, 2013

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan 2013

Tarikh: 12 September 2013
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dataran BRASS

Majlis penutup pada pagi ini telah disempurnakan oleh GPK 1, Tn. Hj. Abdul Talib bin Abdullah. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kemenangan bagi aktiviti-aktiviti yang telah diadakan seperti kuiz, teka silang kata dan sebagainya.






Wednesday, May 15, 2013

Selamat Hari Guru 2013


Pihak admin ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru yang sentiasa gigih dan berdedikasi menabur bakti mendidik anak bangsa di seluruh negara. Ucapan ini juga ditujukan khusus buat semua warga guru di SMK Bukit Rambai. Jasa guru dikenang sepanjang hayat. Pengorbanan guru tidak ternilai. Semuanya dilakukan penuh ikhlas kerana Allah demi melahirkan anak bangsa yang cemerlang dalam akademik dan mempunyai sahsiah diri yang tersohor.

Selamat Hari Guru. Kami sayang cikgu!

Sunday, May 12, 2013

Pelancaran My Rukun Negara


Majlis Pelancaran My Rukun Negara telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Mini SMKBR. Majlis dimulakan tepat pukul 7.45 pagi dengan nyayian lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan lagu sekolah, Kita Pasti Juara. Majlis ini dirasmikan oleh GPK 1, Encik Abdul Talib bin Abdullah yang mewakili pihak pengetua sekolah.


Dalam majlis tersebut, Encik Abdul Talib menyampaikan ucapan yang menyentuh tentang kepentingan penghayatan Rukun Negara dalam aspek kehidupan warga sekolah khususnya dalam membentuk nilai-nilai pendidikan (values education) dan perpaduan kaum.

Majlis tamat pukul 9.00 pagi.

Saturday, May 11, 2013

LADAP Kali Ke-4

Bengkel Web Hosting telah diadakan dalam LADAP kali ke-4. Bengkel kali ini dikendalikan oleh Cikgu Zakri Zakaria.

Slot dimulakan oleh Cikgu Zakri dengan menerangkan secara ringkas tentang domain, subdomain, hosting, bandwidth dan File Transfer Protocol (FTP).

Bengkel kali ini diadakan secara hands-on di mana para peserta dibimbing langkah demi langkah membuat pendaftaran subdomain di Freewebhostingarea.Com. Para peserta dikehendaki mencipta subdomian sendiri  dan memilih domain 6te.net sebagai tapak hosting mereka.

Seusai pendaftaran subdomain, para peserta dibimbing untuk memahami fungsi Control Panel dalam Member Area. Sesi kali ini hanya memberi fokus terhadap kemudahan File Manager di mana para peserta dilatih untuk membuat direktori baru (New dir) untuk memudahkan mereka menguruskan bahan berdasarkan direktori yang dibina.

Seterusnya para peserta dibimbing menggunakan perisian FTP iaitu FileZilla. Perisian FileZilla dipilih kerana ianya merupakan perisian yang sangat popular dan digunakan oleh kebanyakan webmaster untuk memuat naik fail-fail laman web mereka. Sebagai guru yang mengamalkan aspek pembestarian dalam tugas mereka khususnya dalam menyelenggara laman web mata pelajaran masing-masing, kemahiran FTP tidak boleh dikesampingkan. Ianya perlu dikuasai oleh setiap guru.

Aktiviti FTP diteruskan dengan latihan memuat naik bahan ke server hosting.

Akhir sekali, guru-guru dilatih membina laman web menggunakan aplikasi MS Word dan dikehendaki membuat pautan ke bahan P&P mereka. Setelah siap, para peserta diminta menyimpan fail mereka sebagai index.htm

Fail index.htm merupakan fail pertama yang mula-mula dibuka oleh webserver apabila seseorang melayari URL bagi sesebuah laman web.

Aktiviti perbengkelan tamat pukul 11.00 pagi.

Aktiviti LADAP kali ke-4 diteruskan dengan ceramah daripada pihak YaPEIM dan tamat pukul 1.30 petang.

Friday, November 9, 2012

Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid

Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid Peringkat Sekolah Dan Asrama telah berlangsung di Dataran BRASS mulai jam 8.00 pagi dengan penuh kecerian.

Majlis dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan Kita Pasti Juara. Majlis diteruskan dengan persembahan ringkas iaitu Tarian 1 Malaysia.

Tuan pengetua, Puan Hajah Hamidah binti Sabtu, memulakan ucapan alu-aluan. Tuan pengetua menyeru agar semua murid sentiasa berdisiplin dan berusaha sebaik mungkin untuk mencapai kecemerlangan diri. Peluang berada di sekolah perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk menimba ilmu pengetahuan dan memupuk nilai kepimpinan.
Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Yang DiPertua PIBG, Tuan Haji Jaafar bin Seman tepat jam 8.30 pagi. Dalam ucapannya, beliau menyeru para pelajar agar sentiasa menambahkan ilmu dan sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan diri sama ada dari segi sahsiah mahupun akademik. Beliau turut mengimbas, wawasan pengetua pertama SMK Bukit Rambai iaitu Datin Hajah Hasiah bt. Hassan agar menjadikan sekolah ini sebagai sebuah sekolah yang tersohor dari segi pencapaian akademik dan sahsiah. Inilah modal insan yang ingin dilahirkan daripada sekolah ini yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Seterusnya upacara penyampaian hadiah dilangsungkan dengan dimulai oleh En. Peong Poh Boon (GPK Petang), En. Rezel bin Masah (GPK HEM), Pn. Noraini binti Nasir (GPK Kokurikulum) dan YDP PIBG, Tn. Hj. Jaafar bin Seman.
Selesai penyampaian anugerah, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah untuk tiga orang guru yang akan berpindah keluar mulai tahun 2013 iaitu Pn. Sarinahwati binti Mohd Tahar, Cik Izzati binti Mohd Amin dan Pn. Anna Tan.

Majlis berakhir tepat jam 10.00 pagi. Pihak sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan jasa dan tenaga kepada semua pihak yang membantu menyempurnakan majlis ini.


Thursday, October 18, 2012

Program MSU Bersama Pelajar Tingkatan 3

Para pelajar tingkatan 3 hari ini mengikuti program bersama Management and Science University (MSU). Antara aktiviti yang dijalankan adalah suai kenal, team building, kenali potensi diri dan aktiviti masakan bersama chef MSU.

Para pelajar  turut diberi penerangan tentang program-program yang ditawarkan di MSU serta laluan kerjaya.

Sambutan daripada para pelajar sangat memuaskan. Rata-rata sangat teruja dan gembira mengikuti program yang dijalankan oleh MSU.



Friday, October 5, 2012

Ceramah Motivasi Perdana 2012

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Majlis Ceramah Motivasi Perdana bertempat di Dataran BRASS. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Khairuddin bin Abu, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas Melaka. Ceramah Motivasi Perdana merupakan acara kemuncak bagi menaikkan semangat dan menimbulkan kesedaran tentang kecemerlangan khususnya buat calon-calon PMR dan SPM yang akan menghadapi peperiksaan masing-masing tidak lama lagi.

Semoga semua murid dapat mempelajari sesuatu daripada ceramah yang disampaikan.

Sunday, September 23, 2012

Majlis Hari Bersama Pemimpin

Majlis Hari Bersama Pemimpin telah berlangsung pada 24 September 2012 . Majlis ini bermula dengan sambutan kedatangan tetamu kehormat iaitu Tuan Salehuddin b. Hj. Abdul Rahman merangkap Ketua Polis Daerah Melaka Tengah bersama empat orang pegawai pengiring.


Majlis bermula tepat pukul 8.00 pagi. Majlis ini diadakan bagi merapatkan lagi hubungan antara warga sekolah dengan pihak polis. Dalam ucapan Tuan Salehuddin, beliau menerangkan situasi semasa berkaitan kes-kes jenayah yang melibatkan para remaja yang berumur 21 tahun ke bawah. Beliau turut menerangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah jenayah.



Tuan Salehuddin  menyeru seluruh warga sekolah agar menjadi mata dan telinga kepada pihak polis demi membenteras gejala sosial dan jenayah. Beliau turut memberikan nombor hotline polis untuk memudahkan warga sekolah membantu pihak polis iaitu 06-2841999.


Majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati daripada GPK 1, En. Abdul Talib yang mewakili pengetua kepada Tuan Salehuddin. Majlis tamat pada jam 9.20 pagi. Pihak sekolah mengucapkan jutaaan terima kasih atas kesudian pihak Polis Melaka Tengah hadir ke majlis hari ini.