Pihak sekolah berbesar hati menerima kunjungan Encik Zaini bin Hassan daripada Jemaah Nazir Sekolah Dan Jaminan Kualiti (JNJK) ke sekolah ini.
Lawatan beliau adalah bagi menyampaikan taklimat tentang Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) dan membantu pihak sekolah mencapai kecemerlangan dalam SKPM bagi tahun 2012.
Encik Zaini menyarankan agar task force SKPM diwujudkan secepat mungkin supaya segala pelaksanaan kerja menjadi lebih lancar tanpa sebarang kesilapan. Tarikh akhir bagi kemasukan data dan maklumat ke sistem NKRA JNJK ialah selepas keputusan SPM diumumkan.
Pihak sekolah akan mewujudkan task force SKPM secepat mungkin untuk membantu kerja-kerja pengumpulan dan pendokumentasian data dan maklumat berasaskan 5 standard yang terdapat dalam SKPM.
Dengan adanya task force ini, adalah diharapkan segala kerja-kerja untuk memasukkan data ke dalam sistem JNJK akan menjadi lebih lancar dan dapat mencapai sasaran yang ditetapkan.
SMK Bukit Rambai berhasrat untuk menjadi sebuah sekolah berprestasi tinggi di negeri Melaka.
Dengan usaha yang padu dalam kalangan warga sekolah, tidak mustahil impian tersebut dapat direalisasikan. Insyaallah!
Semua guru diminta untuk memuat turun Buku Panduan SKPM 2010 melalui pautan di bawah sebagai panduan pelaksanaan.
Muat turun Buku Panduan SKPM !