Mesyuarat Agung PIBG 2021

Hotel Pantai Puteri

Sambutan Hari Guru 2021

Medium Google Meet

Pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus M17

Lawatan Timb. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh KPM

Tuesday, November 1, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Warga SMK Bukit Rambai mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh muslimin dan muslimat.

IBADAH KORBAN

Apakah kelebihan melaksanakan ibadah korban?

Banyak sekali hadis yang menerangkan akan kelebihan korban, ia antara ibadah yang mendapat ganjaran yang amat besar daripada Allah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W bersabda:

“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.” Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim.


Selamat berhari raya. Kepada semua calon SPM, jangan lupa fokus anda terhadap peperiksaan!


Tuesday, October 18, 2011

100PLUS SUPER CUP

Berita Harian - Kemaraan SMK Bukit Rambai ke suku akhir menyemarakkan keyakinan wakil dari Melaka untuk menjuarai kejohanan bola sepak bawah 17 tahun Piala Super 100PLUS musim ini.

Kemenangan 3-1 ke atas wakil Pahang, Sekolah Abdul Rahman Taib pada aksi terakhir Kumpulan A di Sekolah Syed Hassan, Arau, Perlis semalam membolehkan SMK Bukit Rambai mengiringi wakilKedah, SMK Kulim ke suku akhir.

Pemain menjalani latihan intensif dikendalikan Cikgu Zamzaidi

"Ia umpama peluang kedua buat kami selepas tewas 2-1 kepada SMK Kulim pada aksi sulung. Kami berjaya bangkit pada perlawanan ini dengan mempamerkan persembahan bertenaga. Sudah tentu aksi suku akhir lebih sukar kerana yang layak adalah pasukan hebat. Tapi kami takkan gentar dengan nama-nama besar dan sedia jumpa mana-mana pasukan sekalipun," kata jurulatih SMK Bukit Rambai, Cikgu Zaini Kusin.

Sumber: Berita Harian, 19 Oktober 2011

Thursday, July 14, 2011

Sukan Tahunan SMKBR 2011

Sukan Tahunan SMKBR 2011 telah dijalankan dengan jayanya pada 14 Julai 2011. Bertempat di padang SK Taman Bukit Rambai, cuaca yang agak panas tidak mengahalang para peserta dari mengambil bahagian dalam acara akhir yang dipertandingkan.

Tahniah kepada semua pemenang dan semua peserta yang mengambil bahagian dalam acara Sukan Tahunan SMKBR 2011.

Friday, June 24, 2011

Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2011

Mesyuarat Agung PIBG akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 25 Jun 2011 (Sabtu)
Masa: 8.00 Pagi
Tempat: Dewan Mini SMKBR

Semua ibu bapa / penjaga pelajar di SMK Bukit Rambai dijemput hadir. Kehadiran tuan/puan adalah tanda sokongan terhadap perkembangan dan kecemerlangan SMK Bukit Rambai.

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru 2011

16 Mei merupakan hari yang dinantikan oleh semua warga pendidik. Hari mengenang jasa guru-guru yang gigih menabur bakti bagi melahirkan generasi yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.


Sungguh besar jasa guru. Melalui mereka kita kenal A, B, C lalu mampu membaca dan memahami. Daripada merekalah kita kenal 1,2,3... dan akhirnya mampu menghitung hingga berjuta. Dari bilik darjah kita dididik dan disuluh dengan pelbagai ilmu. Berada di samping mereka, kita diasuh saban hari dengan akhlak dan budi pekerti.

Guru adalah pendorong yang sejati. Penunjuk jalan tatkala kita di persimpangan. Senyumannya umpama madu yang menjadi penawar segala gundah yang bermain di hati. Dialah pengganti ibu bapa yang mendidik dan mengasuh dengan tekun tatkala semua ibu bapa keluar berjihad mencari rezeki. Guru... tugasnya tidak pernah berhenti walaupun ketika orang lain sibuk bercuti... buat itu dan ini. Namun... dari segala pengorbanan dan jerih para guru, berapa ramai yang mampu mengerti dan menghargai?

Bagi yang masih menabur bakti, terima kasih yang tak terhingga ingin dikalungkan. Namun bagi yang telah pergi menemui Ilahi, sama-samalah kita bertahlil sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa memohon keampunan bagi mereka dan semoga mereka ditempatkan dalam kalangan para hamba yang solihin. Amin! Ya Rabbal Alamin.

Selamat Hari Guru!

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Monday, May 2, 2011

SMKBR Naib Juara Dikir Barat!

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua ahli dikir barat SMKBR yang telah berjaya meraih tempat ke-2 dalam Pertandingan Dikir Barat sempena Karnival Pencegahan Dadah anjuran Jabatan Pelajaran Melaka. Pertandingan tersebut telah diadakan di Melaka Mall pada 30 April 2011. Walaupun SMKBR turun sebagai pasukan bukan pilihan, namun dengan semangat Kita Pasti Juara, telah menyuntik semangat para ahli untuk memberikan persembahan yang begitu menarik dan memukau dengan mendapat tepukan dan sorakan daripada para hadirin.


Wednesday, April 6, 2011

Majlis Persaraan Tuan Pengetua

Melaka: Seluruh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai pasti merindui suara dan wajah pengetua kesayangan apabila Encik Zainal bin Aman bersara wajib mulai 11 April 2011.

Majlis Rasmi Persaraan beliau telah berlangsung di Dewan Mini SMKBR. Majlis ini turut dihadiri oleh para pegawai daripada Jabatan Pelajaran Melaka, Pejabat Pelajaran Daerah, para pengetua dan guru besar sekitar Melaka. Majlis ini bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.

Acara dimulakan dengan kehadiran para tetamu jemputan mendaftar diri. Ini diikuti dengan ketibaan Encik Zainal bin Aman bersama isteri dan keluarga yang disambut dengan paluan kompang. Encik Zainal, para pegawai JPN Melaka, YDP dan NYDP PIBG SMK Bukit Rambai diiringi ke Dewan Mini SMKBR.

Kehadiran Encik Zainal dan VIP ke Dewan Mini disambut dengan tarian selamat datang oleh Kumpulan Tarian SMKBR.

Seterusnya nyanyian lagu Negaraku dan Melaka Maju dinyanyikan oleh para hadirin. Majlis dimulai dengan ucapan oleh GPK 1, Ph. Hjh. Hamidah binti Sabtu, YDP PIBG TAn. Hj. Rahim bin Haron dan ucapan oleh wakil Pengarah Pelajaran Melaka.

Acara seterusnya disusuli dengan persembahan multimedia 'Semerbak Kasih Seharum Budi' yang mengimbas kembali nostalgia Encik Zainal bin Aman bermula dari zaman kanak-kanak sehinggalah menjadi Pengetua SMKBR.

Selesai persembahan multimedia, insan yang diraikan, Encik Zainal bin Aman, telah dijemput untuk menyampaikan ucapan sempena persaraan beliau. Ucapannya padat dan penuh dengan motivasi serta nasihat khususnya buat semua warga pendidik.

Majlis kemuncak adalah penyampaian hadiah daripada pegawai JPN Melaka, para pengetua dan para guru Besar serta orang perseorangan kepada Encik Zainal.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari kepada para tetamu yang hadir.

Seluruh warga SMK Bukit Rambai mengucapkan Selamat Bersara buat Tuan Pengetua yang disayangi




Wednesday, March 9, 2011

Urusan Kenaikan Pangkat PPPS Secara Time-Based (KUP) Calon Cicir 2004-2011

URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) SECARA TIME-BASED KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) BAGI PERAKUAN CALON CICIR TAHUN 2004 HINGGA 2011 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Semua Pengetua & Guru Besar,
Sekolah Menengah / Rendah Negeri Melaka

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia sedang menguruskan perakuan calon cicir bagi urusan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) secara Time-Based Khas Untuk Penyandang (KUP) dari tahun 2004 hingga 2011. Untuk keterangan lanjut sila klik di sini.:-

Semua borang perakuan yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke Unit Naik Pangkat selewat-lewatnya sebelum atau pada 18 Mac 2011 (Jumaat).