Mesyuarat Agung PIBG 2021

Hotel Pantai Puteri

Sambutan Hari Guru 2021

Medium Google Meet

Pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus M17

Lawatan Timb. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh KPM

Sunday, April 28, 2013

Aplikasi Semakan Tawaran Ke Program matrikulasi KPM Sesi 2013/1024


Para pelajar boleh menyemak tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2013/2014 dengan melayari laman sesawang berikut: http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/

Saturday, April 6, 2013

Keberhasilan Murid Tanggungjawab Guru


TRANSFORMASI PENDIDIKAN 
Oleh DR. ISMAIL ZAIN


KOMPETENSI guru dalam proses pengajaran amatlah diperlukan untuk keberhasilan murid.  Hal ini bermakna guru harus mempunyai kemahiran untuk mengetahui perkembangan murid sama ada dalam aspek akademik, kokurikulum  mahupun sahsiah mereka.

Guru yang kompeten mampu membawa perubahan dan peningkatan prestasi murid-muridnya. Apabila disebut perkataan prestasi bukan bermakna hanya guru yang berada di kelas cemerlang sahaja yang dianggap kompeten.

Guru yang dianggap kompeten boleh berada di mana-mana kelas asalkan ia mampu mencapai hasil pembelajaran kelas tersebut. Penetapan hasil pembelajaran ini perlulah disetujui bersama anggota panitia masing-masing.

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)  2013-2025, telah dikenal pasti enam aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional.

Aspirasi ini secara langsung merupakan  aspek keberhasilan murid yang perlu dicapai melalui aktiviti yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Untuk memastikan aspek keberhasilam murid ini mampu dinilai oleh guru, analisis harus dibuat terhadap perancangan dan pelaksanaan guru tersebut.
  • Perancangan guru
Guru harus merancang pengajaran dengan menetapkan hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid-murid mengikut kesesuaian mereka.  Dalam hal ini guru harus peka terhadap perkembangan murid-muridnya bukan hanya pada aspek pengetahuan sahaja tetapi juga pada aspek yang lain.
  • Penilaian guru
Guru perlu menilai sejauh manakah murid-muridnya mampu mencapai atau melepasi hasil pembelajaran yang ditetapkan. Penilaian bukan hanya berbentuk penulisan tetapi boleh dalam bentuk lisan, melakukan sesuatu projek, mereka bentuk sesuatu program, menilai sesuatu ciptaan atau tahap kreativiti murid-murid tersebut dalam melaksanakan tugasan itu.  
  • Peningkatan prestasi
Prestasi bukan sahaja pengetahuan tetapi merangkumi pelbagai aspek keberhasilan murid. Guru seharusnya memastikan murid mampu menunjukkan peningkatan prestasi. Oleh yang demikian guru perlu mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap murid  dan penetapan hasil pembelajaran yang dihasilkan.
Guru sepatutnya kompeten untuk memastikan keberhasilam murid tercapai.  Segala bentuk kaedah, teknik dan media haruslah diterokai agar potensi murid dapat diperkembangkan bagi melahirkan generasi yang hebat untuk kemakmuran, kesejahteraan dan keamanan negara.