Sunday, September 23, 2012

Majlis Hari Bersama Pemimpin

Majlis Hari Bersama Pemimpin telah berlangsung pada 24 September 2012 . Majlis ini bermula dengan sambutan kedatangan tetamu kehormat iaitu Tuan Salehuddin b. Hj. Abdul Rahman merangkap Ketua Polis Daerah Melaka Tengah bersama empat orang pegawai pengiring.


Majlis bermula tepat pukul 8.00 pagi. Majlis ini diadakan bagi merapatkan lagi hubungan antara warga sekolah dengan pihak polis. Dalam ucapan Tuan Salehuddin, beliau menerangkan situasi semasa berkaitan kes-kes jenayah yang melibatkan para remaja yang berumur 21 tahun ke bawah. Beliau turut menerangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah jenayah.



Tuan Salehuddin  menyeru seluruh warga sekolah agar menjadi mata dan telinga kepada pihak polis demi membenteras gejala sosial dan jenayah. Beliau turut memberikan nombor hotline polis untuk memudahkan warga sekolah membantu pihak polis iaitu 06-2841999.


Majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati daripada GPK 1, En. Abdul Talib yang mewakili pengetua kepada Tuan Salehuddin. Majlis tamat pada jam 9.20 pagi. Pihak sekolah mengucapkan jutaaan terima kasih atas kesudian pihak Polis Melaka Tengah hadir ke majlis hari ini.

0 comments:

Post a Comment