Mesyuarat Agung PIBG 2021

Hotel Pantai Puteri

Thursday, September 27, 2012

Majlis Solat Hajat Untuk Calon PMR Dan SPM

Majlis Solat Hajat untuk calon-calon PMR dan SPM pada tahun ini telah diadakan di Surau SMK Bukit Rambai. Majlis bermula seawal jam 6.30 petang dengan didahului pendaftaran para ibu bapa dan murid. Solat Maghrib dan solat sunat hajat dipimpin oleh imam Masjid Al-Hidayah, Taman Bukit Rambai. Usai solat Maghrib dan solat sunat hajat, telah diadakan bacaan Surah Yasin dan tahlil. Selepas solat fardhu Isyak, sedikit tazkirah dan motivasi ringkas telah disampaikan oleh pegawai JASA. Pihak sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ibu...

Wednesday, September 26, 2012

Hari Kokurikulum 2012

Pada 26 September 2012 telah berlangsung Hari Kokurikulum peringkat sekolah. Program ini bermula dari pukul 10.30 pagi hingga pukul 3.00 petang. Pelbagai aktiviti dijalankan meliputi jualan gerai daripada ketiga-tiga cabang ko-kurikulum, pertandingan  nyanyian solo, pertandingan gubahan dan lipatan, pertandingan sajak, tayangan filem, sepak raga bulatan, tangan emas, pertandingan khat, catur dan pertandingan kawad kaki. Selain itu...

Sunday, September 23, 2012

Majlis Hari Bersama Pemimpin

Majlis Hari Bersama Pemimpin telah berlangsung pada 24 September 2012 . Majlis ini bermula dengan sambutan kedatangan tetamu kehormat iaitu Tuan Salehuddin b. Hj. Abdul Rahman merangkap Ketua Polis Daerah Melaka Tengah bersama empat orang pegawai pengiring. Majlis bermula tepat pukul 8.00 pagi. Majlis ini diadakan bagi merapatkan lagi hubungan antara warga sekolah dengan pihak polis. Dalam ucapan Tuan Salehuddin, beliau menerangkan situasi semasa...

Tuesday, September 18, 2012

Perpindahan 3 Guru Ke SMK Paya Rumput

Warga SMK Bukit Rambai ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segala jasa dan sumbangan selama 10 tahun kepada guru-guru yang penuh dedikasi ini, iaitu Cikgu Rosli b. Baba, Cikgu Azizah bt. Ahmad dan Cikgu Aina Bisyarah bt. Shafie. Ketiga-tiga mereka adalah merupakan guru terawal yang menjadi perintis di SMK Bukit Rambai yang dibuka pada tahun 2002. Kini, mereka telah berpindah ke SMK Paya Rumput dan juga menjadi guru perintis di sekolah...