Mesyuarat Agung PIBG 2021

Hotel Pantai Puteri

Wednesday, October 24, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Bagi pihak sekolah, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Hayati ibadah korban dengan penuh kesyukuran. Pengertian Aidiladha Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Pengertian Korban Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi...

Thursday, October 18, 2012

Program MSU Bersama Pelajar Tingkatan 3

Para pelajar tingkatan 3 hari ini mengikuti program bersama Management and Science University (MSU). Antara aktiviti yang dijalankan adalah suai kenal, team building, kenali potensi diri dan aktiviti masakan bersama chef MSU. Para pelajar  turut diberi penerangan tentang program-program yang ditawarkan di MSU serta laluan kerjaya. Sambutan daripada para pelajar sangat memuaskan. Rata-rata sangat teruja dan gembira mengikuti program yang...

Wednesday, October 17, 2012

Lawatan Dan Taklimat Nazir Sekolah

Pihak sekolah berbesar hati menerima kunjungan Encik Zaini bin Hassan daripada Jemaah Nazir Sekolah Dan Jaminan Kualiti (JNJK) ke sekolah ini. Lawatan beliau adalah bagi menyampaikan taklimat tentang Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) dan membantu pihak sekolah mencapai kecemerlangan dalam SKPM bagi tahun 2012. Encik Zaini menyarankan agar task force SKPM diwujudkan secepat mungkin supaya segala pelaksanaan kerja menjadi lebih lancar tanpa sebarang kesilapan. Tarikh akhir bagi kemasukan data dan maklumat ke sistem NKRA JNJK ialah selepas...

Tuesday, October 9, 2012

Selamat Menduduki PMR

Hari ini bermulanya perjuangan bagi semua calon PMR di seluruh negara untuk melakukan yang terbaik dalam peperiksaan mereka. Segala usaha telah dilakukan seperti membuat latihan, mengulangkaji mata pelajaran, mengikuti tuisyen, seminar dan motivasi hinggalah kepada majlis bacaan Yasin dan solat hajat. Pendek kata segala ikhtiar telahpun dilakukan. Banyak masa, tenaga dan wang ringgit yang dikorbankan demi memastikan anak-anak pewaris generasi masa...

Monday, October 8, 2012

Anugerah Kecemerlangan Akademik 2012

Majlis penyampaian hadiah Anugerah Kecemerlangan Akademik 2012 telah selamat dilangsungkan pada pagi ini. Dalam majlis ini, para pelajar yang mendapat kedudukan 1 hingga 3 bagi setiap kelas memperoleh hadiah berupa wang tunai. Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pn.Noraini binti Nasir (Guru Penolong Kanan Kokurikulum) dan En. Mohd Rezel bin Masah (Guru Penolong Kanan HEM). Diharapkan, dengan hadiah yang diberikan ini akan menyuntik semangat dalam kalangan murid-murid untuk berlumba-lumba mengejar kecemerlangan demi masa hadapan...

Friday, October 5, 2012

Ceramah Motivasi Perdana 2012

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Majlis Ceramah Motivasi Perdana bertempat di Dataran BRASS. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Khairuddin bin Abu, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas Melaka. Ceramah Motivasi Perdana merupakan acara kemuncak bagi menaikkan semangat dan menimbulkan kesedaran tentang kecemerlangan khususnya buat calon-calon PMR dan SPM yang akan menghadapi peperiksaan masing-masing tidak lama lagi. Semoga semua murid dapat mempelajari sesuatu daripada ceramah yang disampaik...

Monday, October 1, 2012

Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 Tahun 2013

PERMOHONAN SECARA ONLINE  KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN TINGKATAN 4 DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH, KPM  BAGI TAHUN 2013  Permohonan Secara Online Kemasukan Murid Ke Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh, KPM Bagi Sesi 2013 dibuka mulai 15 September 2012 hingga 31 Oktober 2012. Sila layari laman web KPM di http://www.moe.gov.my untuk sebarang keterangan lanjut. Permohonan ke sekolah berasrama penuh perlu dilakukan...