Mesyuarat Agung PIBG 2021

Hotel Pantai Puteri

Sambutan Hari Guru 2021

Medium Google Meet

Pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus M17

Lawatan Timb. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh KPM

Thursday, June 26, 2014

Program Bulan Dakwah & Ihya Ramadhan

Tarikh:  27 Jun 2014 (29 Syaaban 1435H)
Hari   : Jumaat
Masa : 7.20 Pagi
Tempat: Dataran BRASS

Program Bulan Dakwah Dan Ihya' Ramadhan telah dilancarkan secara rasmi pada pagi ini oleh Tn. Hj. Abdul Talib bin Abdullah, GPK 1 SMK Bukit Rambai.

Pendahuluan

Program Bulan Dakwah dicetuskan oleh Bahagian Pendidikan Islam, KPM bertujuan memastikan program dakwah berjalan lebih lancar dan berkesan di sekolah. Manakala Ihya' Ramadhan adalah program yang dilaksanakan oleh Unit Kerohanian SMK Bukit Rambai setiap tahun untuk menghidupkan bulan Ramadhan.

Program Bulan Dakwah Dan Ihya' Ramadhan ini dirancang dan dilaksanakan secara serentak dengan tujuan memberikan kesedaran dan pengajaran dari sudut pembentukan sahsiah seseorang muslim warga sekolah dalam penghayatan Ramadhan bagi mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Objektif Program

1. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2. Menunjukkan Islam sebagai agama yang syumul.

3. Melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan sempurna.

4. Meneruskan usaha-usaha amar makruf dan nahi mungkar.

Aktiviti Program

1. Tadarus Al-Quran Guru & Pelajar

2. Kempen Menutup Aurat

3. Smart Salam

4. Semarak Jawi

5. Kempen "Tak Nak Couple"

Diharapkan semoga program ini dapat dijayakan dengan sempurna dan mendapat keredhaan Allah SWT.


Friday, May 2, 2014

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014 akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

Tarikh mula: 5 Mei 2014
Tarikh tamat: 21 Mei 2014



Diharapkan semua pelajar dapat membuat ulang kaji sebaik mungkin dan dapat menjawab semua soalan dengan tepat. Semua guru mendoakan kejayaan untuk anda.

Sila rujuk kepada jadual peperiksaan yang diberikan. Usaha Pasti Jaya!


Thursday, April 10, 2014

Majlis Penutup Minggu Teknik & Vokasional 2014

Minggu Teknik & Vokasional telah dijalankan pada 5 hingga 10 April 2014. Program ini berlangsung selama seminggu. Matlamat utama program ini adalah untuk menggalakkan para pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum selain dari mencungkil bakat dan menguji kefahaman pelajar para pelajar.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan. Antaranya ialah:

1. Kuiz Spontan - setiap pagi
2. SSPN Masa Depanku - 5 April 2014
3. Taklimat Keselamatan Internet oleh SKMM - 9 April 2014
4. Riuh Rendah Dapurku - Penyediaan Minum Petang Tradisional - 9 April 2014
5. Riadah & Sukaneka - 9 April 2014
6. Pertandingan Gubahan Hiasan Meja - 9 April 2014
7. Mencari Harta Yang Hilang - 9 April 2014
8. Teka Silang Kata - 7 hingga 9 April 2014
9. Lawatan Akademik - 14 April 2014

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Puan Hajah Hamidah binti Sabtu. Sesungguhnya program ini banyak memberi manfaat kepada pelajar dan program pada tahun mendapat sambutan yang mengalakkan. Terima kasih kepada semua yang menjayakan Minggu Teknik & Vokasional 2014!

Wednesday, February 12, 2014

Sukantara Peringkat Sekolah 2014

Sukantara peringkat sekolah akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 17 & 18 Februari 2014
Hari: Isnin & Selasa
Masa: 8.00 - 10.30 pagi

Pakaian:
Isnin: Lelaki (Baju PJK)  Perempuan (Baju Rumah Sukan)
Selasa: Lelaki (Baju Rumah Sukan) Perempuan (Baju PJK)

Kasut:
Murid dibenarkan memakai kasut sukan / kasut sekolah.

Semua murid diwajibkan mengambil bahagian.

Monday, January 20, 2014

Mesyuarat Agung PIBG 2014

Mesyuarat Agung PIBG SMK Bukit Rambai akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 25 Januari 2014
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 pagi

Semua ibu bapa / penjaga murid SMK Bukit Rambai dijemput hadir.


Tuesday, January 14, 2014

Semakan Tawaran Ke Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2014



Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Ke Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2014 boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula 15 Januari 2014 (Rabu) sehingga 5 Februari 2014.

Sila layari URL yang tertera di bawah untuk membuat semakan.

http://apps.moe.gov.my/sbpt4/semakansst4_2014/

Harap maklum.

Monday, January 13, 2014

Semakan Kemasukan Ke Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik



Para pelajar tingkatan 4 sudah boleh menyemak status kemasukan anda ke Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik mulai hari ini.

Sila klik Semak Status Anda Di Sini!

Sekian, harap maklum.

Majlis Perasmian Program Guru Penyayang 2014


Tarikh: 14 Januari 2014
Masa: 7.35 pagi
Tempat: Dataran BRASS

Majlis Perasmian Program Guru Penyayang telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMK Bukit Rambai, Puan Hajah Hamidah binti Sabtu. Dalam ucap utama, beliau menyeru agar para guru dapat menghayati Konsep 5S yang terdapat dalam program tersebut.

Di samping itu, tuan pengetua juga menasihatkan para pelajar agar sentiasa menjaga sahsiah dengan menghormati para guru, staf, para pekerja dan pelawat di sekolah ini. Para pelajar juga perlu mempunyai sikap sayang kepada sekolah dengan memberikan kerjasama dan komitmen yang padu. Mereka perlu memanfaatkan penglibatan mereka dalam program mentor-mentee untuk mendapatkan bimbingan daripada guru demi mencapai kecemerlangan.

Adalah diharapkan dengan kerjasama semua pihak, segala visi dan misi SMK Bukit Rambai untuk menjadi sebuah sekolah terunggul dari segi akademik dan sahsiah dalam Kawasan Tanjung menjelang 2015 dapat direalisasikan.


En. Yusof b. Ab Hamit memberikan penerangan tentang Program Guru Penyayang


Pn. Hajah Hamidah bt. Sabtu berucap dan seterusnya merasmikan majlis.


Sunday, December 22, 2013

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2014

Kepada
Ibu bapa/ penjaga

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pendaftaran murid tingkatan 1 sesi 2014 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
  • Tarikh      : 01 Januari 2013 (Rabu)
  • Masa       : 8.00 Pagi
  • Tempat    : Dewan Mini SMKBR
  • Aturcara  : 8.00 pagi - Ketibaan ibu bapa / penjaga
                                      - Taklimat Pengetua SMK Bukit Rambai
                                      - Ucapan YDP PIBG
                                      - Pendaftaran
                                      - Bersurai
Sehubungan itu, tuan/puan diminta membawa bersama-sama dokumen berikut:
a) Surat tawaran masuk ke sekolah ini (jika berkenaan)
b) 1 salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa
c) 1 salinan Surat Beranak / Kad Pengenalan pelajar
d) 1 salinan Keputusan UPSR
e) 12 keping gambar pelajar (berukuran pasport)
f) Buku Rekod Kesihatan Pelajar
g) 1 salinan bil utiliti (elektrik/ air/ telefon/ Astro dsb) - bukti alamat tempat tinggal
h) 1 salinan Slip Gaji/ Perakuan Pendapatan ibu bapa/ penjaga

Persekolahan akan bermula pada 02 JANUARI 2013 (Khamis)
Sesi PETANG bermula pada 1.15 petang hingga 6.40 petang


Wednesday, December 11, 2013

Keputusan Rasmi PMR Pada 19 Disember 2013

Keputusan rasmi Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan diumumkan pada 19 Disember 2013 (Khamis).
 
Sehubungan itu, anda boleh membuat semakan secara online keputusan peperiksaan PMR 2013 . Anda hanya perlu mengikut beberapa langkah mudah untuk menyemak keputusan peperiksaan tersebut. SAPS telah menyediakan satu lagi kemudahan yang membolehkan pihak ibubapa melihat prestasi peperiksaan pencapaian anak mereka. Sila klik menu pilihan di sebelah kiri dan masukkan ID pelajar di laman web SAPS, pilih jenis peperiksaan dan jenis laporan.

 
Cara Semakan Keputusan PMR 2013 melalui Online

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) adalah perkhidmatan percuma diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada ibu bapa / penjaga untuk menyemak dan memudahkan untuk mengetahui keputusan peperiksaan secara online. Dibawah cara-cara:
 


Arahan :
1) Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak
2) Pilih Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah
3) klik butang Semak Laporan.

Cara Semakan Keputusan PMR melalui SMS

Mulai tahun ini juga Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888

1) Type PMR>NO KAD PENGENALAN

ANGKA GILIRAN] dan send to 15888

contoh atas : PMR 701010101010 BCXXXXXXX Dan hantar SMS ke 15888

Admin menucapkan semoga berjaya kepada semua calon PMR 2013. 

Tuesday, December 10, 2013

Rancangan Buku Hijau Bagi Hadapi Kekurangan Bekalan Makanan

Oleh Syed Azwan Syed Ali 
 

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Peningkatan berterusan harga makanan di pasaran dunia mendorong kerajaan melancarkan program meningkatkan pengeluaran bekalan makanan dalam negara dan berikutan itu pakar-pakar pertanian dan ekonomi menyarankan Rancangan Buku Hijau dihidupkan kembali.

Semasa diperkenalkan lebih 30 tahun lalu, Buku Hijau ternyata berkesan dalam mengurangkan kadar inflasi menerusi peningkatan pendapatan rakyat menerusi penglibatan dalam bidang pertanian secara sambilan atau sepenuh masa.

Setelah negara berjaya menangani inflasi akibat kejatuhan harga getah dan krisis ekonomi pada awal 1970-an, rancangan Buku Hijau yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kedua (Allahyarham) Tun Abdul Razak Hussein pada Disember 1974, mula dilupakan.

Sebelum krisis semasa dunia melanda negara, kerajaan melaksanakan program Bumi Hijau sebagai satu daripada strategi di bawah Dasar Jaminan Bekalan Makanan melibatkan peruntukan keseluruhan RM4 bilion, bagi memastikan bekalan makanan mencukupi dan harga makanan stabil.

Namun pakar-pakar berpendapat rancangan Buku Hijau atau terjemahan semangatnya seperti program Bumi Hijau perlu diteruskan dari semasa ke semasa, bukan hanya ketika krisis, kerana makanan adalah keperluan asas rakyat yang memerlukan jaminan.

"Buku Hijau dan Dasar Pertanian Negara sebenarnya saling melengkapi," kata pakar ekonomi Prof Dr Mansor Jusof dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kepada Bernama.

Dr Mansor berkata objektif pertama Dasar Pertanian Negara adalah meningkatkan sekuriti makanan dengan meningkatkan kualiti pengeluaran yang menumpukan kepada aspek komersial pertanian.

Rancangan Buku Hijau pula lebih kepada peningkatan penglibatan rakyat dalam pertanian dengan bercucuk tanam untuk kegunaan sendiri dan selebihnya dijual kepada umum.

Objektif utama Buku Hijau ialah memaksimumkan pembangunan tanah secara menyeluruh melibatkan tanaman jangka pendek, pekebunan berkelompok, ternakan ikan air tawar dan meningkatkan pemasaran produk pertanian selain bertujuan menambah pengeluaran makanan negara dan meningkatkan pendapatan rakyat bagi mengurangkan inflasi.

Melalui Buku Hijau, konsep "backyard farming" diperkenalkan dengan menanam cili dalam pasu, menanam pokok buah-buahan di halaman rumah dan penternakan secara domestik.

Dalam konteks itu, Dr Mansor berkata konsep "community farming" iaitu mengusahakan kawasan tanah terbiar di kawasan perumahan perlu dikembangkan kepada kawasan luar bandar dengan pengawasan agensi berkaitan seperti Jabatan Pertanian.

Katanya, konsep itu telah dilaksanakan dengan jayanya di beberapa negeri seperti projek "Ladang Rakyat" di Kelantan.

Beliau berkata tumpuan juga harus diberikan kepada golongan petani di desa dan di pinggir bandar, walaupun kerajaan menggalakkan konsep "kitchen farming" dengan bercucuk tanam atau menternak ayam atau ikan atau kombinasi kedua-duanya di halaman rumah perseorangan, di bawah program Bumi Hijau.

"Saya rasa kita kena kembali kepada konsep asal Buku Hijau yang juga bertujuan meningkatkan bekalan makanan negara dengan memberikan tumpuan kepada petani kecil di pinggir bandar. Pertanian bukan semua boleh buat tetapi profesion sepenuh masa," katanya.

Beliau berkata cabaran utama adalah untuk memasarkan hasil pertanian itu yang memerlukan kerjasama penuh daripada agensi terbabit seperti FAMA dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

"Kerajaan juga tidak boleh hadkan harga sayur-sayuran kerana ia boleh 'bunuh' petani. Contohnya bila pengeluaran kurang harga sayur tidak naik tetapi bila sayur terlebih keluar, harga tetap jatuh tetapi tiada pampasan kepada petani," katanya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed ketika mengumumkan mengenai Dasar Jaminan Bekalan Makanan Jumaat lepas berkata kerajaan memperuntukkan RM20 juta bagi mengedarkan biji benih sayur terpilih, baja serta manual kepada seluruh lapisan masyarakat pada tahun ini.

Pelaksanaan dasar itu selaras dengan kadar inflasi yang meningkat ekoran kenaikan harga barangan pengguna seperti beras dan lain-lain. Bank Negara Malaysia mengumumkan pada 30 April lepas bahawa inflasi seperti yang diukur oleh perubahan tahunan dalam Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat sedikit kepada 2.8 peratus pada Mac tahun ini berbanding 2.7 peratus pada bulan sebelumnya.

Pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Prof Dr Mohd Ariff Hussein berkata amalan Buku Hijau di negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan negara-negara Eropah bagi meningkatkan tahap mampu diri cukup konsisten.

"Mungkin kerana pengalaman mereka daripada kesan perang...Tetapi ianya program yang baik dan perlu diteruskan bukan hanya semasa krisis walaupun benar kenaikan inflasi adalah faktor pendorong," katanya.

Statistik 2005 menunjukkan tahap mampu diri keperluan negara bagi padi ialah 70 peratus, buah-buahan (98 peratus), sayur-sayuran (95.6 peratus), perikanan (90 peratus), daging lembu (23 peratus), daging kambing (7.1 peratus), babi (76 peratus), ayam (143.2 peratus) dan telur (152.3 peratus).

Beliau berkata selain "backyard farming" yang digunapakai satu ketika dulu, kaedah hidroponik (tanaman di air, tanpa tanah) sesuai dilaksanakan di kawasan bandar berbanding di kampung-kampung yang masih mempunyai tanah untuk diusahakan dalam skala besar.

"Mereka boleh tanam sayur berdaun seperti sawi melalui kaedah hidroponik ini di rumah mereka. Tanaman yang senang kena penyakit seperti terung bagaimanapun tidak sesuai kerana kos kewangan dan masa," katanya yang pernah menanam sayur menggunakan kaedah itu pada awal 1980-an.

Beliau juga mencadangkan supaya kaedah hidroponik, yang telah digunapakai secara meluas di flat-flat di Singapura, dicontohi secara meluas di sekolah-sekolah bagi mewujudkan "demonstration effect" kepada komuniti terbabit seperti guru-guru dan ibu bapa.

Dr Mohd Ariff berkata aspek logistik perlu diberikan penekanan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, antara lain, menempatkan agensi terbabit di rantaian pasaraya seperti Giant atau Tesco bagi memudahkan masyarakat mendapatkan nasihat teknikal, peralatan dan benih sayur terbabit.

Melalui Dasar Jaminan Bekalan Makanan, FAMA akan meningkatkan keupayaan pemasaran hasil-hasil pertanian melalui pembangunan pusat pengedaran, pusat pengumpulan serta peningkatan bilangan pasar tani sebanyak 50 di seluruh negara sebagai tambahan kepada 230 pasar tani sedia ada melibatkan peruntukan RM39 juta pada tahun ini.

Presiden FOMCA Datuk N.Marimuthu berkata kerajaan perlu mengembalikan pasar tani kepada model asalnya "daripada petani kepada pengguna" dan bukan seperti pasar malam yang menyaksikan produk selain pertanian dijual.

-- BERNAMA 


Sumber:
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=331002

Tuesday, December 3, 2013

Life Is Like Math


Setiap masalah pasti mempunyai jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Hidup sememangnya sukar tetapi tidak bermakna anda perlu berputus asa. Teruskan berusaha!

Monday, November 11, 2013

eSPLG - Sistem Pengurusan Latihan Guru

Sebelum ini, kad pelaporan latihan (kad biru) digunakan bagi mencatatkan segala butiran kursus/latihan yang telah dihadiri oleh guru, tetapi kini penggunaan Sistem Pengurusan Latihan Guru/SPLG telah mula digunapakai. Untuk makluman, projek rintis eSPLG telah dimulakan di 3 buah negeri iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan dan pelaksanaan penggunaan SPLG telah diperluas ke semua negeri dan bahagian melalui surat siaran bertarikh 10 Julai 2012

Menerusi aplikasi ini diharapkan proses pengumpulan data dapat dilaksanakan dengan lebih cepat, tepat dan efisien.

Tarikh pengemaskinian rekod latihan guru hendaklah dilaksanakan sebelum atau pada 30 November 2013 bagi memudahkan lagi proses penyediaan pelaporan.

Laman web eSPLG boleh diakses seperti berikut:

1. Modul Berkumpulan:
Diuruskan oleh Setiausaha/Penyelaras LDP sekolah bagi memasukkan semua kursus/latihan yang telah dijalankan. Sila klik pautan di bawah bagi mengetahui :

Cara Memasukkan Maklumat Kehadiran Kursus Luar (KKL) dan Book Review (BR) Individu Melalui Login SULDP

Sila klik pautan di bawah untuk kemasukan data secara berkumpulan:
http://apps1.moe.gov.my/splg

2. Kemasukan Data Secara Individu:
Boleh dilakukan oleh guru-guru dengan menggunakan No.Kad Pengenalan untuk login. Semua Guru dan Staf yang telah didaftarkan boleh mengakses modul tersebut bagi tujuan Daftar 'Book Review' dan Kehadiran Kursus Luar (KKL) - selain kursus yang dianjurkan oleh LDP di sekolah. Anda boleh klik pautan di bawah bagi mengetahui : 

Cara Memasukkan Maklumat Kehadiran Kursus Luar (KKL) dan Book Review (BR) Melalui Login Individu.

Sila klik pautan di bawah untuk kemasukan data secara Individu:
http://apps1.moe.gov.my/splg/i_SPLG/index.cfm

Dengan cara ini guru-guru boleh mengemaskini maklumat kursus yang telah dihadiri dari masa ke semasa.



Tuesday, October 15, 2013

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)



Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)  berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place) mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP  2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.

PTK digantikan dengan penilaian baru yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Untuk memastikan ia relevan, ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
PBPPP merupakan penilaian baru bagi menggantikan PTK yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan bagaimanapun tertakluk kepada garis panduan JPA.


Guru-guru boleh muat-turun bahan-bahan berikut untuk tindakan selanjutnya:

1. Slaid Instrumen PBPPP
2. Fail Keberhasilan Murid (dalam bentuk .xls)
3. Contoh Instrumen Keberhasilan Guru
4. Manual Am Pelaksanaan PBPPP


Thursday, September 12, 2013

Majlis Anugerah hari Kualiti Murid Peringkat Sekolah Dan Asrama 2013

Tarikh: 13.9.2013
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dataran BRASS
Perasmian: Tn. Hj Jaafar bin Seman (YDP PIBG)

Barisan pentadbir bersama tetamu jemputan



Barisan penerima anugerah

Ucapan alu-aluan oleh Tn. Hj. Abdul Talib b. Abdullah (GPK 1)
mewakili Tn. Pengetua.


Ucapan perasmian oleh Tn. Hj. Jaafar b. Hj. Seman (YDP PIBG)


Penyampaian hadiah kecemerlangan


Hadiah-hadiah  Anugerah Kecemerlangan


Pengacara Majlis: Pn. Nora bt. Harun


Pelajar-pelajar yang memberi sokongan