Mesyuarat Agung PIBG 2021

Hotel Pantai Puteri

Wednesday, May 15, 2013

Selamat Hari Guru 2013

Pihak admin ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru yang sentiasa gigih dan berdedikasi menabur bakti mendidik anak bangsa di seluruh negara. Ucapan ini juga ditujukan khusus buat semua warga guru di SMK Bukit Rambai. Jasa guru dikenang sepanjang hayat. Pengorbanan guru tidak ternilai. Semuanya dilakukan penuh ikhlas kerana Allah demi melahirkan anak bangsa yang cemerlang dalam akademik dan mempunyai sahsiah...

Sunday, May 12, 2013

Pelancaran My Rukun Negara

Majlis Pelancaran My Rukun Negara telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Mini SMKBR. Majlis dimulakan tepat pukul 7.45 pagi dengan nyayian lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan lagu sekolah, Kita Pasti Juara. Majlis ini dirasmikan oleh GPK 1, Encik Abdul Talib bin Abdullah yang mewakili pihak pengetua sekolah. Dalam majlis tersebut, Encik Abdul Talib menyampaikan ucapan yang menyentuh tentang kepentingan penghayatan Rukun Negara...

Perkhidmatan myUSSD *158# Bagi Projek myGov Mobile

Surat siaran daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri melalui rujukan MAMPU.eKL.700-7/66 Jld.3 (20) bertarikh 28 Mac 2013 adalah berkenaan Pelaksanaan Penggunaan Perkhdimatan myUSSD *158# Bagi Projek myGov Mobile. Surat siaran tersebut memaklumkan bahawa myUSSD *158# merupakan perkhidmatan interaktif berasaskan menu yang disediakan melalui telefon mudah alih. Pengguna telefon bagi tiga...

Saturday, May 11, 2013

LADAP Kali Ke-4

Bengkel Web Hosting telah diadakan dalam LADAP kali ke-4. Bengkel kali ini dikendalikan oleh Cikgu Zakri Zakaria. Slot dimulakan oleh Cikgu Zakri dengan menerangkan secara ringkas tentang domain, subdomain, hosting, bandwidth dan File Transfer Protocol (FTP). Bengkel kali ini diadakan secara hands-on di mana para peserta dibimbing langkah demi langkah membuat pendaftaran subdomain di Freewebhostingarea.Com. Para peserta dikehendaki mencipta subdomian sendiri  dan memilih domain 6te.net sebagai tapak hosting mereka. Seusai pendaftaran...