Mesyuarat Agung PIBG 2021

Hotel Pantai Puteri

Sambutan Hari Guru 2021

Medium Google Meet

Pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus M17

Lawatan Timb. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh KPM

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru 2011

16 Mei merupakan hari yang dinantikan oleh semua warga pendidik. Hari mengenang jasa guru-guru yang gigih menabur bakti bagi melahirkan generasi yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.


Sungguh besar jasa guru. Melalui mereka kita kenal A, B, C lalu mampu membaca dan memahami. Daripada merekalah kita kenal 1,2,3... dan akhirnya mampu menghitung hingga berjuta. Dari bilik darjah kita dididik dan disuluh dengan pelbagai ilmu. Berada di samping mereka, kita diasuh saban hari dengan akhlak dan budi pekerti.

Guru adalah pendorong yang sejati. Penunjuk jalan tatkala kita di persimpangan. Senyumannya umpama madu yang menjadi penawar segala gundah yang bermain di hati. Dialah pengganti ibu bapa yang mendidik dan mengasuh dengan tekun tatkala semua ibu bapa keluar berjihad mencari rezeki. Guru... tugasnya tidak pernah berhenti walaupun ketika orang lain sibuk bercuti... buat itu dan ini. Namun... dari segala pengorbanan dan jerih para guru, berapa ramai yang mampu mengerti dan menghargai?

Bagi yang masih menabur bakti, terima kasih yang tak terhingga ingin dikalungkan. Namun bagi yang telah pergi menemui Ilahi, sama-samalah kita bertahlil sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa memohon keampunan bagi mereka dan semoga mereka ditempatkan dalam kalangan para hamba yang solihin. Amin! Ya Rabbal Alamin.

Selamat Hari Guru!

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Monday, May 2, 2011

SMKBR Naib Juara Dikir Barat!

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua ahli dikir barat SMKBR yang telah berjaya meraih tempat ke-2 dalam Pertandingan Dikir Barat sempena Karnival Pencegahan Dadah anjuran Jabatan Pelajaran Melaka. Pertandingan tersebut telah diadakan di Melaka Mall pada 30 April 2011. Walaupun SMKBR turun sebagai pasukan bukan pilihan, namun dengan semangat Kita Pasti Juara, telah menyuntik semangat para ahli untuk memberikan persembahan yang begitu menarik dan memukau dengan mendapat tepukan dan sorakan daripada para hadirin.