Mesyuarat Agung PIBG 2021

Hotel Pantai Puteri

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru 2011

16 Mei merupakan hari yang dinantikan oleh semua warga pendidik. Hari mengenang jasa guru-guru yang gigih menabur bakti bagi melahirkan generasi yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Sungguh besar jasa guru. Melalui mereka kita kenal A, B, C lalu mampu membaca dan memahami. Daripada merekalah kita kenal 1,2,3... dan akhirnya mampu menghitung hingga berjuta. Dari bilik darjah kita dididik dan disuluh dengan pelbagai...

Monday, May 2, 2011

SMKBR Naib Juara Dikir Barat!

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua ahli dikir barat SMKBR yang telah berjaya meraih tempat ke-2 dalam Pertandingan Dikir Barat sempena Karnival Pencegahan Dadah anjuran Jabatan Pelajaran Melaka. Pertandingan tersebut telah diadakan di Melaka Mall pada 30 April 2011. Walaupun SMKBR turun sebagai pasukan bukan pilihan, namun dengan semangat Kita Pasti Juara, telah menyuntik semangat para ahli untuk memberikan persembahan yang begitu menarik dan...