Jumaat, 24 September - Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin untuk mendoakan calon-calon PMR dan SPM telah berjaya dilaksanakan. Majlis kali ini diadakan di Dataran BRASS. Dianggarkan sekitar 800 orang waris pelajar telah hadir. Majlis bermula tepat jam 6.50 petang. Walaupun terdapat rintik hujan, namun para ibu bapa dan guru-guru tidak berganjak dari tikar sejadah masing-masing sehinggalah majlis tamat. Ustaz Mohd Kamal bin Ahmad selaku imam Masjid Taman Bukit Rambai memimpin majlis pada malam tersebut. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib, dan...