TRANSFORMASI PENDIDIKAN
Oleh DR. ISMAIL ZAIN
KOMPETENSI guru dalam proses pengajaran amatlah diperlukan untuk keberhasilan murid. Hal ini bermakna guru harus mempunyai kemahiran untuk mengetahui perkembangan murid sama ada dalam aspek akademik, kokurikulum mahupun sahsiah mereka.
Guru yang kompeten mampu membawa perubahan dan peningkatan prestasi murid-muridnya. Apabila disebut perkataan prestasi bukan bermakna hanya guru yang berada di kelas cemerlang sahaja yang dianggap kompeten.
Guru yang dianggap kompeten boleh berada di mana-mana kelas asalkan ia mampu mencapai hasil pembelajaran kelas tersebut. Penetapan hasil pembelajaran ini perlulah disetujui bersama anggota panitia masing-masing.
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, telah dikenal pasti enam aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional.
Aspirasi ini secara langsung merupakan aspek keberhasilan murid yang perlu dicapai melalui aktiviti yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Untuk memastikan aspek keberhasilam murid ini mampu dinilai oleh guru, analisis harus dibuat terhadap perancangan dan pelaksanaan guru tersebut.
- Perancangan guru
- Penilaian guru
- Peningkatan prestasi
Guru sepatutnya kompeten untuk memastikan keberhasilam murid tercapai. Segala bentuk kaedah, teknik dan media haruslah diterokai agar potensi murid dapat diperkembangkan bagi melahirkan generasi yang hebat untuk kemakmuran, kesejahteraan dan keamanan negara.
0 comments:
Post a Comment