Wednesday, September 26, 2012

Hari Kokurikulum 2012

Pada 26 September 2012 telah berlangsung Hari Kokurikulum peringkat sekolah. Program ini bermula dari pukul 10.30 pagi hingga pukul 3.00 petang.



Pelbagai aktiviti dijalankan meliputi jualan gerai daripada ketiga-tiga cabang ko-kurikulum, pertandingan  nyanyian solo, pertandingan gubahan dan lipatan, pertandingan sajak, tayangan filem, sepak raga bulatan, tangan emas, pertandingan khat, catur dan pertandingan kawad kaki.



Selain itu diadakan juga pameran dari Panitia Pendidikan Seni Visual dan gerai jualan buku.


Majlis berlangsung dengan meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan aktiviti tersebut.

0 comments:

Post a Comment