Thursday, January 2, 2020
Wednesday, January 1, 2020
Pendaftaran Asrama 2020
Nama Program : Pendaftaran Pelajar Asrama SMK Bukit Rambai
Tempat : Dewan Lavender, Asrama SMK Bukit Rambai
Friday, September 22, 2017
SOLAT HAJAT BAGI CALON PT3 & SPM 2017
6:13 AM
No comments
Adalah dimaklumkan bahawa Panitia Pendidikan Islam SMK Bukit Rambai akan mengadakan majlis Solat Hajat Perdana 2017 khusus untuk semua calon yang bakal menduduki PT3 dan SPM seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 28 September 2017
Hari : Khamis
Masa : 6.30 petang
Tempat : Dataran BRASS
Semoga dengan kehadiran para ibu bapa bersama murid dan guru-guru bagi menjayakan majlis ini akan mendapat keberkatan dan seterusnya segala hajat dimakbulkan Allah swt.
Saturday, November 7, 2015
MAKLUMAN CUTI PERAYAAN HARI DEEPAVALI 2015
MAKLUMAN CUTI PERAYAAN HARI DEEPAVALI 2015
Dengan hormatnya
perkara di atas dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa semua murid
akan bercuti selama 4 hari sempena Hari Deepavali mulai 09 November 2015 (Isnin) hingga 12 November
2015 (Khamis). Persekolahan akan
bermula seperti biasa pada 13 November
2015 (Jumaat).
Sekian untuk makluman.
Sunday, July 26, 2015
Yes ID Dan FrogVLE SMK Bukit Rambai
FrogVLE merupakan satu kemudahan ICT terkini yang disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi guru-guru, ibu bapa dan murid-murid. Pelbagai informasi terkini mengenai sekolah dan sumber pembelajaran interaktif dimuatkan dalam platform tersebut.
Untuk mengakses laman FrogVLE, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid perlu mempunyai Yes ID.
Semua pelajar dan ibu bapa boleh mengakses FrogVLE melalui laman sesawang seperti tertera di bawah:
http://mea2099.1bestarinet.net
Cara mendapatkan Yes ID untuk ibu/bapa.
Sila klik di sini
Yes ID Untuk murid
Semua murid boleh dapatkan ID di Pusat Akses SMKBR melalui sistem intranet.
Sunday, August 17, 2014
Ujian Selaras 2 & Peperiksaan Percubaan PT3
Tarikh: 18 Ogos 2014
Ujian Selaras 2 bagi sesi pagi hanya melibatkan para pelajar tingkatan 4. Ujian ini dijalankan dari 18 Ogos hingga 20 Ogos 2014.
Peperiksaan Percubaan PT 3 pula akan berlangsung dari 18 Ogos hingga 20 Ogos 2014. Peperiksaan ini akan dijalankan di dewan Blok C dan Dewan Mini SMKBR.

Thursday, August 14, 2014
Banjir Lumpur Di SMK Bukit Rambai
Tarikh: 15 Ogos 2014 (9:58 am)
Hujan lebat yang turun sejak semalam telah mengakibatkan kawasan di sekitar Bukit Rambai mengalami banjir. Kebiasaannya banjir kilat yang berlaku tidak menyebabkan bilik darjah dimasuki air.
Namun begitu, banjir kali ini menyaksikan hampir semua bilik darjah, bengkel dan dewan mini di aras bawah dimasuki air dan dipenuhi dengan lumpur. Hal ini dipercayai berlaku disebabkan banyak longkang di sekitar kawasan sekolah ini tersumbat dengan lumpur akibat aktiviti pembangunan kawasan perumahan berhampiran sekolah.

Aktiviti pembinaan ini dipercayai menjadi punca longkang di sekitar sekolah dipenuhi dengan tanah dan lumpur
Para pekerja bertungkus lumus membersihkan seluruh kawasan kaki lima dan bilik-bilik darjah yang dicemari banjir lumpur.
Diharapkan pihak-pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya agar kejadian seperti ini tidak berulang kembali.
Thursday, June 26, 2014
Program Bulan Dakwah & Ihya Ramadhan
Tarikh: 27 Jun 2014 (29 Syaaban 1435H)
Hari : Jumaat
Masa : 7.20 Pagi
Tempat: Dataran BRASS
Program Bulan Dakwah Dan Ihya' Ramadhan telah dilancarkan secara rasmi pada pagi ini oleh Tn. Hj. Abdul Talib bin Abdullah, GPK 1 SMK Bukit Rambai.
Pendahuluan
Program Bulan Dakwah dicetuskan oleh Bahagian Pendidikan Islam, KPM bertujuan memastikan program dakwah berjalan lebih lancar dan berkesan di sekolah. Manakala Ihya' Ramadhan adalah program yang dilaksanakan oleh Unit Kerohanian SMK Bukit Rambai setiap tahun untuk menghidupkan bulan Ramadhan.
Program Bulan Dakwah Dan Ihya' Ramadhan ini dirancang dan dilaksanakan secara serentak dengan tujuan memberikan kesedaran dan pengajaran dari sudut pembentukan sahsiah seseorang muslim warga sekolah dalam penghayatan Ramadhan bagi mendapatkan keredhaan Allah SWT.
Objektif Program
1. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2. Menunjukkan Islam sebagai agama yang syumul.
3. Melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan sempurna.
4. Meneruskan usaha-usaha amar makruf dan nahi mungkar.
Aktiviti Program
1. Tadarus Al-Quran Guru & Pelajar
2. Kempen Menutup Aurat
3. Smart Salam
4. Semarak Jawi
5. Kempen "Tak Nak Couple"
Diharapkan semoga program ini dapat dijayakan dengan sempurna dan mendapat keredhaan Allah SWT.

Friday, May 2, 2014
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014 akan dijalankan seperti ketetapan berikut:
Tarikh mula: 5 Mei 2014
Tarikh tamat: 21 Mei 2014
Diharapkan semua pelajar dapat membuat ulang kaji sebaik mungkin dan dapat menjawab semua soalan dengan tepat. Semua guru mendoakan kejayaan untuk anda.
Sila rujuk kepada jadual peperiksaan yang diberikan. Usaha Pasti Jaya!

Thursday, April 10, 2014
Majlis Penutup Minggu Teknik & Vokasional 2014
Minggu Teknik & Vokasional telah dijalankan pada 5 hingga 10 April 2014. Program ini berlangsung selama seminggu. Matlamat utama program ini adalah untuk menggalakkan para pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum selain dari mencungkil bakat dan menguji kefahaman pelajar para pelajar.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan. Antaranya ialah:
1. Kuiz Spontan - setiap pagi
2. SSPN Masa Depanku - 5 April 2014
3. Taklimat Keselamatan Internet oleh SKMM - 9 April 2014
4. Riuh Rendah Dapurku - Penyediaan Minum Petang Tradisional - 9 April 2014
5. Riadah & Sukaneka - 9 April 2014
6. Pertandingan Gubahan Hiasan Meja - 9 April 2014
7. Mencari Harta Yang Hilang - 9 April 2014
8. Teka Silang Kata - 7 hingga 9 April 2014
9. Lawatan Akademik - 14 April 2014
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Puan Hajah Hamidah binti Sabtu. Sesungguhnya program ini banyak memberi manfaat kepada pelajar dan program pada tahun mendapat sambutan yang mengalakkan. Terima kasih kepada semua yang menjayakan Minggu Teknik & Vokasional 2014!

Wednesday, February 12, 2014
Sukantara Peringkat Sekolah 2014
Sukantara peringkat sekolah akan dijalankan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 17 & 18 Februari 2014
Hari: Isnin & Selasa
Masa: 8.00 - 10.30 pagi
Pakaian:
Isnin: Lelaki (Baju PJK) Perempuan (Baju Rumah Sukan)
Selasa: Lelaki (Baju Rumah Sukan) Perempuan (Baju PJK)
Kasut:
Murid dibenarkan memakai kasut sukan / kasut sekolah.
Semua murid diwajibkan mengambil bahagian.

Monday, January 20, 2014
Mesyuarat Agung PIBG 2014
Mesyuarat Agung PIBG SMK Bukit Rambai akan dijalankan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 25 Januari 2014
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 pagi
Semua ibu bapa / penjaga murid SMK Bukit Rambai dijemput hadir.
Tarikh: 25 Januari 2014
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 pagi
Semua ibu bapa / penjaga murid SMK Bukit Rambai dijemput hadir.
Tuesday, January 14, 2014
Semakan Tawaran Ke Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2014
Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Ke Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2014 boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula 15 Januari 2014 (Rabu) sehingga 5 Februari 2014.
Sila layari URL yang tertera di bawah untuk membuat semakan.
http://apps.moe.gov.my/sbpt4/semakansst4_2014/
Harap maklum.
Monday, January 13, 2014
Semakan Kemasukan Ke Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik
Para pelajar tingkatan 4 sudah boleh menyemak status kemasukan anda ke Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik mulai hari ini.
Sila klik Semak Status Anda Di Sini!
Sekian, harap maklum.
Majlis Perasmian Program Guru Penyayang 2014
Tarikh: 14 Januari 2014
Masa: 7.35 pagi
Tempat: Dataran BRASS
Majlis Perasmian Program Guru Penyayang telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMK Bukit Rambai, Puan Hajah Hamidah binti Sabtu. Dalam ucap utama, beliau menyeru agar para guru dapat menghayati Konsep 5S yang terdapat dalam program tersebut.
Di samping itu, tuan pengetua juga menasihatkan para pelajar agar sentiasa menjaga sahsiah dengan menghormati para guru, staf, para pekerja dan pelawat di sekolah ini. Para pelajar juga perlu mempunyai sikap sayang kepada sekolah dengan memberikan kerjasama dan komitmen yang padu. Mereka perlu memanfaatkan penglibatan mereka dalam program mentor-mentee untuk mendapatkan bimbingan daripada guru demi mencapai kecemerlangan.
Adalah diharapkan dengan kerjasama semua pihak, segala visi dan misi SMK Bukit Rambai untuk menjadi sebuah sekolah terunggul dari segi akademik dan sahsiah dalam Kawasan Tanjung menjelang 2015 dapat direalisasikan.
En. Yusof b. Ab Hamit memberikan penerangan tentang Program Guru Penyayang
Pn. Hajah Hamidah bt. Sabtu berucap dan seterusnya merasmikan majlis.
Subscribe to:
Posts (Atom)