Mesyuarat Agung PIBG 2021

Hotel Pantai Puteri

Sambutan Hari Guru 2021

Medium Google Meet

Pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus M17

Lawatan Timb. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh KPM

Sunday, August 17, 2014

Ujian Selaras 2 & Peperiksaan Percubaan PT3

Tarikh: 18 Ogos 2014

Ujian Selaras 2 bagi sesi pagi hanya melibatkan para pelajar tingkatan 4. Ujian ini dijalankan dari 18 Ogos hingga 20 Ogos 2014.

Peperiksaan Percubaan PT 3 pula akan berlangsung dari 18 Ogos hingga 20 Ogos 2014. Peperiksaan ini akan dijalankan di dewan Blok C dan Dewan Mini SMKBR.

Thursday, August 14, 2014

Banjir Lumpur Di SMK Bukit Rambai

Tarikh: 15 Ogos 2014 (9:58 am)

Hujan lebat yang turun sejak semalam telah mengakibatkan kawasan di sekitar Bukit Rambai mengalami banjir. Kebiasaannya banjir kilat yang berlaku tidak menyebabkan bilik darjah dimasuki air.

Namun begitu, banjir kali ini menyaksikan hampir semua bilik darjah, bengkel dan dewan mini di aras bawah dimasuki air dan dipenuhi dengan lumpur.  Hal ini dipercayai berlaku disebabkan banyak longkang di sekitar kawasan sekolah ini tersumbat dengan lumpur akibat aktiviti pembangunan kawasan perumahan berhampiran sekolah.

 Aktiviti pembinaan ini dipercayai menjadi punca longkang di sekitar sekolah dipenuhi dengan tanah dan lumpur



Para pekerja bertungkus lumus membersihkan seluruh kawasan kaki lima dan bilik-bilik darjah yang dicemari banjir lumpur.

Diharapkan pihak-pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya agar kejadian seperti ini tidak berulang kembali.


Thursday, June 26, 2014

Program Bulan Dakwah & Ihya Ramadhan

Tarikh:  27 Jun 2014 (29 Syaaban 1435H)
Hari   : Jumaat
Masa : 7.20 Pagi
Tempat: Dataran BRASS

Program Bulan Dakwah Dan Ihya' Ramadhan telah dilancarkan secara rasmi pada pagi ini oleh Tn. Hj. Abdul Talib bin Abdullah, GPK 1 SMK Bukit Rambai.

Pendahuluan

Program Bulan Dakwah dicetuskan oleh Bahagian Pendidikan Islam, KPM bertujuan memastikan program dakwah berjalan lebih lancar dan berkesan di sekolah. Manakala Ihya' Ramadhan adalah program yang dilaksanakan oleh Unit Kerohanian SMK Bukit Rambai setiap tahun untuk menghidupkan bulan Ramadhan.

Program Bulan Dakwah Dan Ihya' Ramadhan ini dirancang dan dilaksanakan secara serentak dengan tujuan memberikan kesedaran dan pengajaran dari sudut pembentukan sahsiah seseorang muslim warga sekolah dalam penghayatan Ramadhan bagi mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Objektif Program

1. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2. Menunjukkan Islam sebagai agama yang syumul.

3. Melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan sempurna.

4. Meneruskan usaha-usaha amar makruf dan nahi mungkar.

Aktiviti Program

1. Tadarus Al-Quran Guru & Pelajar

2. Kempen Menutup Aurat

3. Smart Salam

4. Semarak Jawi

5. Kempen "Tak Nak Couple"

Diharapkan semoga program ini dapat dijayakan dengan sempurna dan mendapat keredhaan Allah SWT.


Friday, May 2, 2014

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014 akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

Tarikh mula: 5 Mei 2014
Tarikh tamat: 21 Mei 2014



Diharapkan semua pelajar dapat membuat ulang kaji sebaik mungkin dan dapat menjawab semua soalan dengan tepat. Semua guru mendoakan kejayaan untuk anda.

Sila rujuk kepada jadual peperiksaan yang diberikan. Usaha Pasti Jaya!


Thursday, April 10, 2014

Majlis Penutup Minggu Teknik & Vokasional 2014

Minggu Teknik & Vokasional telah dijalankan pada 5 hingga 10 April 2014. Program ini berlangsung selama seminggu. Matlamat utama program ini adalah untuk menggalakkan para pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum selain dari mencungkil bakat dan menguji kefahaman pelajar para pelajar.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan. Antaranya ialah:

1. Kuiz Spontan - setiap pagi
2. SSPN Masa Depanku - 5 April 2014
3. Taklimat Keselamatan Internet oleh SKMM - 9 April 2014
4. Riuh Rendah Dapurku - Penyediaan Minum Petang Tradisional - 9 April 2014
5. Riadah & Sukaneka - 9 April 2014
6. Pertandingan Gubahan Hiasan Meja - 9 April 2014
7. Mencari Harta Yang Hilang - 9 April 2014
8. Teka Silang Kata - 7 hingga 9 April 2014
9. Lawatan Akademik - 14 April 2014

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Puan Hajah Hamidah binti Sabtu. Sesungguhnya program ini banyak memberi manfaat kepada pelajar dan program pada tahun mendapat sambutan yang mengalakkan. Terima kasih kepada semua yang menjayakan Minggu Teknik & Vokasional 2014!

Wednesday, February 12, 2014

Sukantara Peringkat Sekolah 2014

Sukantara peringkat sekolah akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 17 & 18 Februari 2014
Hari: Isnin & Selasa
Masa: 8.00 - 10.30 pagi

Pakaian:
Isnin: Lelaki (Baju PJK)  Perempuan (Baju Rumah Sukan)
Selasa: Lelaki (Baju Rumah Sukan) Perempuan (Baju PJK)

Kasut:
Murid dibenarkan memakai kasut sukan / kasut sekolah.

Semua murid diwajibkan mengambil bahagian.

Monday, January 20, 2014

Mesyuarat Agung PIBG 2014

Mesyuarat Agung PIBG SMK Bukit Rambai akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 25 Januari 2014
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 pagi

Semua ibu bapa / penjaga murid SMK Bukit Rambai dijemput hadir.


Tuesday, January 14, 2014

Semakan Tawaran Ke Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2014



Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Ke Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2014 boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula 15 Januari 2014 (Rabu) sehingga 5 Februari 2014.

Sila layari URL yang tertera di bawah untuk membuat semakan.

http://apps.moe.gov.my/sbpt4/semakansst4_2014/

Harap maklum.

Monday, January 13, 2014

Semakan Kemasukan Ke Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik



Para pelajar tingkatan 4 sudah boleh menyemak status kemasukan anda ke Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik mulai hari ini.

Sila klik Semak Status Anda Di Sini!

Sekian, harap maklum.

Majlis Perasmian Program Guru Penyayang 2014


Tarikh: 14 Januari 2014
Masa: 7.35 pagi
Tempat: Dataran BRASS

Majlis Perasmian Program Guru Penyayang telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMK Bukit Rambai, Puan Hajah Hamidah binti Sabtu. Dalam ucap utama, beliau menyeru agar para guru dapat menghayati Konsep 5S yang terdapat dalam program tersebut.

Di samping itu, tuan pengetua juga menasihatkan para pelajar agar sentiasa menjaga sahsiah dengan menghormati para guru, staf, para pekerja dan pelawat di sekolah ini. Para pelajar juga perlu mempunyai sikap sayang kepada sekolah dengan memberikan kerjasama dan komitmen yang padu. Mereka perlu memanfaatkan penglibatan mereka dalam program mentor-mentee untuk mendapatkan bimbingan daripada guru demi mencapai kecemerlangan.

Adalah diharapkan dengan kerjasama semua pihak, segala visi dan misi SMK Bukit Rambai untuk menjadi sebuah sekolah terunggul dari segi akademik dan sahsiah dalam Kawasan Tanjung menjelang 2015 dapat direalisasikan.


En. Yusof b. Ab Hamit memberikan penerangan tentang Program Guru Penyayang


Pn. Hajah Hamidah bt. Sabtu berucap dan seterusnya merasmikan majlis.