Bengkel Web Hosting telah diadakan dalam LADAP kali ke-4. Bengkel kali ini dikendalikan oleh Cikgu Zakri Zakaria.
Slot dimulakan oleh Cikgu Zakri dengan menerangkan secara ringkas
tentang domain, subdomain, hosting, bandwidth dan File Transfer Protocol
(FTP).
Bengkel kali ini diadakan secara hands-on di mana para peserta dibimbing
langkah demi langkah membuat pendaftaran subdomain di
Freewebhostingarea.Com. Para peserta dikehendaki mencipta subdomian
sendiri dan memilih domain 6te.net sebagai tapak hosting mereka.
Seusai pendaftaran subdomain, para peserta dibimbing untuk memahami
fungsi Control Panel dalam Member Area. Sesi kali ini hanya memberi
fokus terhadap kemudahan File Manager di mana para peserta dilatih untuk
membuat direktori baru (New dir) untuk memudahkan mereka menguruskan
bahan berdasarkan direktori yang dibina.
Seterusnya para peserta dibimbing menggunakan perisian FTP iaitu
FileZilla. Perisian FileZilla dipilih kerana ianya merupakan perisian
yang sangat popular dan digunakan oleh kebanyakan webmaster untuk memuat
naik fail-fail laman web mereka. Sebagai guru yang mengamalkan aspek
pembestarian dalam tugas mereka khususnya dalam menyelenggara laman web
mata pelajaran masing-masing, kemahiran FTP tidak boleh dikesampingkan.
Ianya perlu dikuasai oleh setiap guru.
Aktiviti FTP diteruskan dengan latihan memuat naik bahan ke server hosting.
Akhir sekali, guru-guru dilatih membina laman web menggunakan aplikasi
MS Word dan dikehendaki membuat pautan ke bahan P&P mereka. Setelah
siap, para peserta diminta menyimpan fail mereka sebagai index.htm
Fail index.htm merupakan fail pertama yang mula-mula dibuka oleh
webserver apabila seseorang melayari URL bagi sesebuah laman web.
Aktiviti perbengkelan tamat pukul 11.00 pagi.
Aktiviti LADAP kali ke-4 diteruskan dengan ceramah daripada pihak YaPEIM dan tamat pukul 1.30 petang.