Mesyuarat Agung PIBG 2021

Hotel Pantai Puteri

Sambutan Hari Guru 2021

Medium Google Meet

Pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus M17

Lawatan Timb. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh KPM

Wednesday, May 15, 2013

Selamat Hari Guru 2013


Pihak admin ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru yang sentiasa gigih dan berdedikasi menabur bakti mendidik anak bangsa di seluruh negara. Ucapan ini juga ditujukan khusus buat semua warga guru di SMK Bukit Rambai. Jasa guru dikenang sepanjang hayat. Pengorbanan guru tidak ternilai. Semuanya dilakukan penuh ikhlas kerana Allah demi melahirkan anak bangsa yang cemerlang dalam akademik dan mempunyai sahsiah diri yang tersohor.

Selamat Hari Guru. Kami sayang cikgu!

Sunday, May 12, 2013

Pelancaran My Rukun Negara


Majlis Pelancaran My Rukun Negara telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Mini SMKBR. Majlis dimulakan tepat pukul 7.45 pagi dengan nyayian lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan lagu sekolah, Kita Pasti Juara. Majlis ini dirasmikan oleh GPK 1, Encik Abdul Talib bin Abdullah yang mewakili pihak pengetua sekolah.


Dalam majlis tersebut, Encik Abdul Talib menyampaikan ucapan yang menyentuh tentang kepentingan penghayatan Rukun Negara dalam aspek kehidupan warga sekolah khususnya dalam membentuk nilai-nilai pendidikan (values education) dan perpaduan kaum.

Majlis tamat pukul 9.00 pagi.

Perkhidmatan myUSSD *158# Bagi Projek myGov Mobile

Surat siaran daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri melalui rujukan MAMPU.eKL.700-7/66 Jld.3 (20) bertarikh 28 Mac 2013 adalah berkenaan Pelaksanaan Penggunaan Perkhdimatan myUSSD *158# Bagi Projek myGov Mobile.

Surat siaran tersebut memaklumkan bahawa myUSSD *158# merupakan perkhidmatan interaktif berasaskan menu yang disediakan melalui telefon mudah alih. Pengguna telefon bagi tiga syarikat telekomunikasi utama di Malaysia iaitu Celcom, Maxis dan Digi boleh mengakses perkhidmatan ini dengan membuat panggilan ke *158#. Antara perkhidmatan agensi Kerajaan yang disediakan melalui myUSSD *158# adalah seperti berikut:


Caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna adalah sebanyak RM0.35 bagi satu sesi (caj untuk sesi 2 minit + 2 minit).

Untuk maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan myUSSD *158# ini boleh diperolehi menerusi Portal Rasmi myGov Mobile di www.mymobile.gov.my

 

Saturday, May 11, 2013

LADAP Kali Ke-4

Bengkel Web Hosting telah diadakan dalam LADAP kali ke-4. Bengkel kali ini dikendalikan oleh Cikgu Zakri Zakaria.

Slot dimulakan oleh Cikgu Zakri dengan menerangkan secara ringkas tentang domain, subdomain, hosting, bandwidth dan File Transfer Protocol (FTP).

Bengkel kali ini diadakan secara hands-on di mana para peserta dibimbing langkah demi langkah membuat pendaftaran subdomain di Freewebhostingarea.Com. Para peserta dikehendaki mencipta subdomian sendiri  dan memilih domain 6te.net sebagai tapak hosting mereka.

Seusai pendaftaran subdomain, para peserta dibimbing untuk memahami fungsi Control Panel dalam Member Area. Sesi kali ini hanya memberi fokus terhadap kemudahan File Manager di mana para peserta dilatih untuk membuat direktori baru (New dir) untuk memudahkan mereka menguruskan bahan berdasarkan direktori yang dibina.

Seterusnya para peserta dibimbing menggunakan perisian FTP iaitu FileZilla. Perisian FileZilla dipilih kerana ianya merupakan perisian yang sangat popular dan digunakan oleh kebanyakan webmaster untuk memuat naik fail-fail laman web mereka. Sebagai guru yang mengamalkan aspek pembestarian dalam tugas mereka khususnya dalam menyelenggara laman web mata pelajaran masing-masing, kemahiran FTP tidak boleh dikesampingkan. Ianya perlu dikuasai oleh setiap guru.

Aktiviti FTP diteruskan dengan latihan memuat naik bahan ke server hosting.

Akhir sekali, guru-guru dilatih membina laman web menggunakan aplikasi MS Word dan dikehendaki membuat pautan ke bahan P&P mereka. Setelah siap, para peserta diminta menyimpan fail mereka sebagai index.htm

Fail index.htm merupakan fail pertama yang mula-mula dibuka oleh webserver apabila seseorang melayari URL bagi sesebuah laman web.

Aktiviti perbengkelan tamat pukul 11.00 pagi.

Aktiviti LADAP kali ke-4 diteruskan dengan ceramah daripada pihak YaPEIM dan tamat pukul 1.30 petang.