Mesyuarat Agung PIBG 2021

Hotel Pantai Puteri

Sambutan Hari Guru 2021

Medium Google Meet

Pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus M17

Lawatan Timb. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh KPM

Friday, July 20, 2012

Aktiviti P&P Sejarah Tingkatan 4KEM2

Para pelajar Tingkatan 4Kem2 telah dipilih untuk didedahkan dengan konsep pembelajaran masteri dan pembelajaran berbantukan komputer dalam mata pelajaran Sejarah. Aktiviti meliputi mencari maklumat menggunakan enjin carian demi menyiapkan tugasan kumpulan. Para pelajar seterusnya menghantar wakil untuk melengkapkan jawapan bagi tugasan di hadapan kelas. Ini merupakan sebahagian daripada kajian tindakan bagi menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut. Seronok melihat mereka berkolaborasi!


Thursday, July 12, 2012

Sukan Tahunan SMKBR 2012

Kejohanan Olahraga SMKBR kali ke-10 telah diadakan pada 12 Julai 2012. Majlis yang penuh gilang-gemilang bermula seawal jam 8.00 pagi di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput.


Pelbagai acara diadakan yang meliputi lompat jauh, lompat kijang, dan acara balapan. Pada sebelah pagi diadakan saringan dan akhir bagi  acara balapan meliputi 100m, 200m, 400m dan 1500m.



Upacara perasmian telah disempurnakan oleh setiausaha politik YB. Seet Har Chaw, ADUN Klebang.


Para hadirin juga dihidangkan dengan perarakan masuk kontinjen rumah sukan serta demonstrasi silat dan tae kwan do.


Friday, July 6, 2012

Majlis Penutup Minggu Koperasi 2012

Majlis penutup Minggu Koperasi SMKBR 2012 telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMK Bukit Rambai, Puan Hajah Hamidah bt. Sabtu.



Majlis juga diserikan dengan gimik pengumuman hadiah cabutan bertuah kepada para peserta yang menjelaskan bayaran pengangkutan dan makanan sempena Kejohanan Olahraga SMKBR 2012. Pelbagai hadiah menarik disediakan dengan hadiah utama Notebook Acer dan 4 telefon bimbit Samsung.